Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lubang Benam Terbentuk Di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas

Iqbal Yasir
lubang benam bayan lepas
Gambar: Bernama

Lubang Benam Terbentuk Di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas

GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) — Sebuah lubang benam terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini hari ini sehingga menyebabkan laluan berkenaan ditutup sementara.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan.

“Ia bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit serta mematuhi arahan anggota bertugas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan sebuah lubang benam berhampiran persimpangan jalan, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap risiko keselamatan di kawasan berkenaan.

Sumber: Bernama