Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

WEF Dedah AI Sebenarnya Membuka Peluang Pekerjaan & Kemahiran Baru

Azzwin
Kredit: ImageFX

WEF Dedah AI Sebenarnya Membuka Peluang Pekerjaan & Kemahiran Baru

Kini, dunia pekerjaan tidak lagi sama seperti sebelumnya. Jika dahulu, kemahiran asas seperti menaip, mengurus dokumen atau berurusan dengan pelanggan sudah cukup untuk menjamin pekerjaan.

Sejak kemunculan kecerdasan buatan (AI), banyak proses kerja menjadi lebih pantas dan memudahkan.

Dalam masa sama, perubahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai kerana takut pekerjaan mereka akan digantikan.

Kebimbangan ini berasas kerana memang benar penggunaan AI kini semakin meluas. Di kilang, robot telah mengambil alih tugas pengeluaran yang dahulunya memerlukan tenaga kerja manusia.

Dalam sektor perkhidmatan pula, sistem chatbot mula menggantikan peranan manusia dalam berinteraksi dengan pelanggan.

Keadan ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan dunia pekerjaan. Apakah peranan manusia masih relevan dalam era di mana mesin mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan efisien?

Meskipun begitu, tidak semuanya seburuk yang disangka. Di tengah-tengah perubahan pesat ini, muncul juga perkembangan positif bahawa AI sebenarnya banyak membuka peluang baru dalam dunia pekerjaan.

Hari ini, SK akan kongsikan laporan daripada World Economic Forum (WEF) yang mendedahkan bagaimana AI turut membantu mewujudkan pekerjaan dan kemahiran baru.

Bagaimana AI mungkin menutup peluang pekerjaan dan kemahiran?

Laporan Future of Jobs 2025 oleh World Economic Forum (WEF), mendedahkan bahawa 40 peratus majikan menjangkakan akan mengurangkan tenaga kerja di bahagian yang boleh diautomasi oleh AI.

Secara keseluruhan, teknologi dijangka menjadi faktor paling mengganggu pasaran pekerjaan. Trend dalam AI dan teknologi pemprosesan maklumat dijangka mewujudkan 11 juta pekerjaan baharu, namun pada masa yang sama menghapuskan kira-kira sembilan juta pekerjaan lain.

Apabila peluang pekerjaan peringkat permulaan semakin berkurangan, gaji juga turut berubah. Ramai pekerja baharu dijangka akan bekerja dalam peranan yang dibantu AI dengan bayaran yang lebih rendah.

Menurut satu tinjauan, hampir 49 peratus pencari kerja Generasi Z di Amerika Syarikat berpendapat bahawa kehadiran AI telah mengurangkan nilai ijazah atau pendidikan kolej mereka dalam pasaran kerja hari ini.

Di samping itu, banyak syarikat di Amerika Syarikat kini mengembangkan operasi mereka ke India, kerana tenaga kerja mahir di sana boleh diambil dengan kos yang jauh lebih rendah.

Situasi ini menyebabkan persaingan bagi pekerjaan profesional semakin sengit, terutamanya bagi mereka yang baru hendak membina kerjaya.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah kekurangan bakat baharu. Apabila peluang pekerjaan asas semakin terhad, ia boleh menjejaskan keadilan dalam pekerjaan, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

AI juga dikatakan bakal membuka peluang baharu

Menurut WEF, AI sebenarnya tidak hanya menutup peluang pekerjaan, sebaliknya teknologi ini juga membuka ruang baharu kepada ramai orang.

Menurut Charter, AI Generatif (Gen AI) boleh menjadikan peluang kerja lebih terbuka dan mudah diakses kerana ia membantu ramai individu membina kemahiran teknikal tanpa perlu lalui laluan pendidikan tradisional yang panjang dan mahal.

Daripada terus menghapuskan kerja peringkat permulaan, syarikat sebenarnya boleh gunakan AI untuk melatih generasi baharu tenaga kerja profesional.

Sebagai contoh, dalam bidang perundangan, sesetengah firma guaman kini meninggalkan sistem caj mengikut jam dan memberi tumpuan kepada latihan dan program apprenticeship untuk membina kemahiran pekerja muda.

Apabila AI semakin banyak digunakan di tempat kerja, majikan perlu melabur dalam latihan dan peningkatan kemahiran supaya pekerja sedia ada tidak ketinggalan dalam ekonomi yang semakin berasaskan teknologi.

WEF menganggar sebanyak 170 juta pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan, mankala 1.09 bilion pekerjaan sedia ada akan terus berkembang seiring dengan perubahan pasaran kerja.

Namun begitu, sekitar 92 juta pekerjaan dijangka akan terhapus akibat kemajuan teknologi dan automasi.

BACA: WEF Ramal Pekerjaan & Kemahiran Ini Akan Jadi ‘Rebutan’ Pada Tahun 2030

Sumber: World Economic Forum