Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sekurang-Kurangnya 15 Maut, Lapan Hilang Dalam Banjir Di Tanah Tinggi Papua, Indonesia
JAKARTA (Bernama) — Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir melanda dua daerah di Tanah Tinggi Papua, Indonesia, menurut pegawai pada Selasa malam.
Agensi Pengurangan Bencana Negara (BNPB) memaklumkan semua 15 mangsa ditemukan di Daerah Dal, Wilayah Nduga, manakala pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan lapan lagi mangsa di Kampung Yuguru, Daerah Meborok.
“Banjir yang berpunca daripada hujan lebat melanda kedua-dua daerah itu pada Sabtu malam,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Beliau memberi amaran mengenai kemungkinan hujan berterusan dalam beberapa hari akan datang, dengan amaran cuaca masih berkuat kuasa di Tanah Tinggi Papua sehingga Khamis.
Agensi itu turut menggesa penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai, supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya hujan berterusan lebih sejam dan mematuhi arahan pemindahan rasmi.
Sumber: Bernama
BACA: Jurulatih Kelab Serbia Meninggal Lepas Rebah Tepi Padang, Reaksi Pemain Buat Ramai Sebak
BACA: Kenyataan JAKIM Berhubung Isu 80 Murid Gagal Duduki UPKK 2025
BACA: Pernah Viral Mahu Dipenjara Untuk Makan, Pemuda Ditemui Meninggal Dunia