Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

3 Saat Je, Lelaki Kongsi Rahsia Hilangkan Lendir Ikan Keli
Siapa peminat ikan keli di sini? Ikan Keli atau sinonim dengan nama Ikan Lele sememangnya antara menu popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lebih-lebih lagi rasa isinya yang garing bercampur lembut manis, apabila digoreng dan disaluti sambal, pasti membuatkan sesiapa sahaja menambah pinggan nasi bila makan.
Bagaimanapun, lumrah kebanyakan ikan air tawar, tentunya mempunyai bau hanyir dan lendir, termasuk ikan keli ini. Inilah yang sering menjadi cabaran bagi sesetengah orang terutamanya ketika proses membersihkannya
Jadi, kalau tak “pro” cuci ikan ini pasti meletup-letup dalam jawabnya bila masuk dalam kuali. Ini kerana lendirnya yang masih melekat pada ikan itu.
Bagi yang belum tahu, SK kongsikan cara untuk menghilangkan lendir ikan keli hanya dalam masa 3 saat sahaja, menerusi perkongsian Yem Bigstore di bawah.
Menurut Yem Bigstore, terdapat cara mudah untuk menghilangkan lendir ikan keli ini hanya dalam tiga saat sahaja.
Caranya dengan menggunakan air panas yang sudah dipanaskan sehingga mendidih.
Dalam video berkenaan, dia memaparkan ikan berkenaan dimasukkan ke dalam kuala berisi air panas selama tiga saat, sebelum diangkat semula ke dalam bekas.
Cara ini bagi memastikan lendir yang menyelaputi tubuh ikan itu ‘mengeras’ sebelum dibilas dengan air biasa sahaja.
Setelah dicuci, anda boleh melihat lendir-lendir yang terdapat pada ikan keli itu akan tertanggal sepenuhnya seperti kulit yang menggelupus apabila dibilas dengan air.
Senang je kan? Semoga bermanfaat. Untuk lebih penjelasan, boleh tonton video di bawah.
Sumber: Yem Bigstore