Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Boleh Tak…” Reaksi Wanita Non-Muslim Dengar Alunan Ayat Al-Quran Raih Perhatian Ramai

Athirah
Wanita Non-Muslim Al-Quran
Kredit: @authenticvibrations via TikTok

“Boleh Tak…” Reaksi Wanita Non-Muslim Dengar Alunan Ayat Al-Quran Raih Perhatian Ramai

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, dan qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.

Sejak dahulu, kalam Allah ini telah menjadi pedoman utama umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian.

Alunan ayat-ayat suci al-Quran yang tersusun indah dalam setiap surah mampu menyentuh hati, menenangkan fikiran serta mendekatkan manusia kepada Pencipta-Nya.

Dalam dunia yang penuh dengan tekanan dan kegelisahan, keindahan bacaan al-Quran menjadi penawar yang tidak ternilai, mengingatkan manusia tentang makna sebenar kehidupan dan kebergantungan kepada Allah SWT.

“Ini al-Quran kan…”

Baru-baru ini, reaksi seorang wanita non-Muslim telah menarik perhatian ramai selepas mendengar alunan bacaan al-Quran yang dipasang melalui radio kereta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @authenticvibrations di TikTok, wanita ini meminta pemandu e-hailing beragama Islam untuk meningkatkan suara alunan al-Quran kerana ia memberi ketenangan kepadanya.

Pada awalnya, pemandu e-hailing berkenaan mematikan radio itu selepas tersalah sangka terhadap permintaan penumpangnya.

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu dia mahu pemandu tersebut meningkatkan suara alunan al-Quran daripada radio berkenaan memandangkan dia sangat menyukainya.

“Ini al-Quran kan, boleh naikkan suara? Bukan (tutup), naikkan, kuatkan. Saya suka al-Quran,” katanya menerusi perbualan dengan lelaki itu.

Dalam pada itu, @authenticvibrations turut berkongsi bahawa dia melalui hari yang amat sukar pada ketika itu, namun alunan bacaan al-Quran yang didengarnya membawa ketenangan dan menyembuhkan hatinya.

“Saya berdepan hari yang sangat-sangat sukar hari ini. Momen seperti ini memberikan penyembuhan kepada hati saya,” katanya.

“Alunan bacaan al-Quran itu benar-benar menenangkan jiwa saya”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok termasuk orang bukan Islam turut berpendapat dengan wanita itu apabila mereka juga mendengar bacaan suci ayat al-Quran sebagai penenang jiwa.

“Alunan bacaan al-Quran itu membuatkan saya meremang bulu roma dan menitis air mata,” komen seorang wargamaya.

“Sila dengarkan Surah Ar-Rahman. Awak pasti menyukainya kerana ia sangat menenangkan dan menyejukkan hati,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Kenyataan Rasmi ZUS Coffee Berhubung Kes Video Tular
BACA: Wanita Rusia Kongsi Pengalaman Berbeza Ketika Naik Teksi Di Malaysia & Hong Kong

Sumber: @authenticvibrations via TikTok, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan