Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Panik, Mekanik Dedah Kenapa Kereta Tersentak Ketika Tukar “Gear”
Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.
Namun begitu, lumrah ciptaan manusia, pasti ada hari di mana kenderaan anda akan meragam tanpa sebab, kan?
Misalnya, ketika pemandu menukar gear daripada P ke D, kereta memberi tindak balas agak kasar dengan terasa satu hentakan kecil. Namun, sebaik gear D dimasukkan sepenuhnya, hentakan itu menjadi lebih ketara.
Jadi, SK kali ini akan menjelaskan punca utama mengapa kereta anda terasa bergegar ketika menukar gear atau memandu.
Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.
Mekanik itu menjelaskan bahawa masalah gegaran pada kereta sebenarnya bukan berpunca daripada sistem gearbox, namun daripada penahan enjin (engine mounting).
Difahamkan, getah pada engine mounting milik pemilik kereta yang dihantar ke bengkel itu didapati telah pecah, sekali gus menjadi punca utama gegaran yang berlaku.
“Fungsi engine mounting sebenarnya adalah untuk menahan dan menyokong enjin agar kekal pada kedudukannya, selain memastikan gearbox berada dalam posisi yang stabil ketika kenderaan beroperasi,” kata @Altimat Auto Garage.
Sekiranya getah pada engine mounting pecah, daya sokongan terhadap enjin dan gearbox akan berkurangan. Ini menjadikan komponen tersebut tidak lagi ketat, lalu menyebabkan gegaran kuat serta bunyi hentakan ketika memandu.
“Apabila anda hidupkan enjin, terasa gegaran pada kereta. Gegaran ini juga muncul ketika masuk gear reverse dan menjadi lebih jelas apabila gear D dimasukkan,” ujar mekanik itu.
Jadi, pemandu perlu menukar engine mounting yang baru, bukannya menukar gearbox kerana punca gegaran sebenar terletak pada mounting yang rosak.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.
Anda juga boleh menonton video daripada @altimatautogarage di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.
Sumber: @altimatautogarage