Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hadir merasmikan Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali ke-2 Tahun 2025 di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan pengiktirafan 277 orang sebagai pekerja belia setelah berjaya menamatkan latihan serta memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Dua (2) orang pekerja belia merupakan pembangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) turut menerima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Inisiatif pensijilan profesionalisme pekerja belia ini merupakan langkah strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) dalam memperkukuh peranan Pekerja Belia untuk membentuk generasi muda yang memiliki bakat kepimpinan, karakter yang utuh, dan semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Majlis pentauliahan yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk:
(i) Meraikan pencapaian komitmen luar biasa, ketekunan, dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh Pekerja Belia dalam melengkapkan pensijilan professional;
(ii) Mewujudkan gerbang pembangunan dan sebagai titik permulaan kepada Pekerja Belia untuk terus berjinak dan melibatkan diri secara lebih aktif dalam bidang kepimpinan dan kesukarelawanan di peringkat yang lebih tinggi; dan
(iii) Menyuntik sinergi dalam kalangan semua pemegang taruh termasuk Badan Operasi Pekerja Belia untuk terus bekerjasama dan menyokong inisiatif pembangunan belia.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ KSU menegaskan bahawa pentauliahan ini merupakan titik permulaan bagi Pekerja Belia untuk melangkah lebih jauh dalam bidang kepimpinan dan profesionalisme.
Tahap pensijilan ini bukan sahaja mengiktiraf kemahiran sosial, tetapi turut menilai keupayaan kepimpinan serta keperibadian yang utuh dalam kalangan Pekerja Belia.

Beliau turut menyeru agar semua penerima pentauliahan menjadi ejen perubahan dan pemangkin kepada pembangunan komuniti belia di seluruh negara, selaras dengan aspirasi Rakan Muda Mahir dan Dasar Belia Malaysia 2025.
Majlis ini turut dihadiri oleh dan Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi APBM Port Dickson di talian 012-694 7412 (Mohd Shahril bin Jaflus), 017-762 7983 (Syaripah Yuliana binti S Amran) atau melalui e-mel [email protected]