Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seramai 12 usahawan MARA telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Negeri Kedah 2024–2025, selepas menewaskan 78 penyertaan lain yang bersaing merentasi pelbagai sektor dan kategori keusahawanan.
Program AURA, anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA), merupakan platform berprestij yang memberi pengiktirafan kepada usahawan MARA yang menunjukkan kecemerlangan, ketahanan, dan kebitaraan dalam mengembangkan perniagaan mereka dari peringkat tempatan ke pasaran antarabangsa.
Menurut MARA, pemilihan penerima anugerah dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang, daya inovasi, sumbangan terhadap komuniti, serta keupayaan memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di peringkat negeri dan nasional.
Sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan tahun ini, iaitu:
Usahawan Industri Gaya Hidup
Usahawan Industri Automotif
Usahawan Industri Perkhidmatan
Usahawan Industri Pembinaan
Usahawan Industri Makanan & Minuman
Program Khas Usahawan
Usahawan Inspirasi Wanita
Usahawan TVET
Usahawan Lepasan IPMA
Jenama Terbaik
Anugerah Usahawan Ikon Wakaf Madani MARA
Anugerah Tokoh Usahawan MARA

Anugerah Tokoh Usahawan MARA, menjadi tumpuan apabila En. Jaffri Bin Ahmad, Pengarah Urusan Syarikat Ayam Bismi Sdn. Bhd., diumumkan sebagai penerima utama hasil kejayaan beliau membangunkan empayar perniagaan dalam industri makanan halal serta memperluaskan pengaruh jenama syarikat ke pasaran antarabangsa.
Dalam ucapannya, Timbalan Ketua Pengarah MARA, En. Zahari Bin Aziz, yang merasmikan majlis tersebut berkata, AURA bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga simbol aspirasi MARA dalam melahirkan usahawan berdaya tahan, inovatif dan berdaya saing di peringkat global.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah MARA Negeri Kedah, En. Rizal Effendi Bin Razali, bersama lebih 600 tetamu kehormat, termasuk komuniti usahawan MARA,wakil agensi kerajaan dan rakan strategik
Lebih daripada sekadar pengiktirafan, kejayaan para penerima ini membuka laluan kepada mereka untuk melangkah ke pentas Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Kebangsaan 2025, sekali gus memperkukuh kehadiran usahawan MARA dalam ekosistem ekonomi global.