Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Naik 5 Sen

Sofea
Kredit: Bernama

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Naik 5 Sen

Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 5 sen.

Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa kenaikan harga runcit petrol RON97 adalah pada RM3.25 seliter dan RON95 tanpa subsidi pada RM 2.65 seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.07 seliter.

Penetapan itu berkuat kuasa bagi tempoh 13 November 2025 hingga 19 November 2025.

Dalam pada itu, RON95 yang bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter serta diesel di Sabah dan Sarawak pula kekal pada RM2.15 seliter.

Harga baharu itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu.

Sumber: MOF