Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di 11 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di 11 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu akan melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hujan lebat juga akan berlaku di Kedah iaitu di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu.
Selain itu, bagi negeri Perak pula, ia melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
Di Kelantan, hanya daerah Tumpat dan Pasir Mas yang terlibat. Manakala, di Negeri Sembilan hanya daerah Port Dickson.
Beralih ke negeri Selangor, ramalan melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Sementara itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di negeri Johor.
“Di Sarawak, ia melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula, hujan akan berlaku di daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” kata MetMalaysia.
Menurutnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Terdahulu, MetMalaysia juga memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula semalam dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal diramal mengalami hujan lebat berterusan.
“Apabila memasuki Disember dan Januari, hujan berterusan dijangka tertumpu di selatan Terengganu, Pahang dan Johor. Sabah dan Sarawak juga berpotensi menerima kesan bergantung kepada pergerakan monsun,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Ambun Dindang.