Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingat Dari Malaysia Atau Indonesia, Jawapan Wanita Ini Buat Lelaki Terkedu

Sofea
ingat dari malaysia
Kredit: omarfruitflan

Ingat Dari Malaysia Atau Indonesia, Jawapan Wanita Ini Buat Lelaki Terkedu

Sejak berdekad lamanya, pertembungan budaya dan bangsa berlaku di seluruh dunia sehingga melahirkan masyarakat berbilang kaum. Di Malaysia sendiri, kita dikenali dengan keharmonian antara pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Seperti di banyak negara lain, perkahwinan rentas bangsa turut menjadi kebiasaan, sekali gus melahirkan anak-anak yang ‘berdarah campuran’.

Baru-baru ini tular satu video seorang pencipta kandungan @omarfruitflan yang menemu bual seorang wanita untuk mengetahui dia berasal dari negara mana.

BACA JUGA: Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia, Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

Ia merupakan salah satu siri kandungan video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Menariknya, kali ini bukan Omar sahaja yang terkejut apabila mengetahui asal usul wanita itu, tetapi juga pengguna media sosial yang lain.

Ada plot twist

Manakan tidak, Omar pada awalnya dapat meneka bahawa wanita itu berasal dari Tokyo, Jepun. Namun, separuh lagi asal-usulnya gagal diteka. Dia menyangka wanita itu mungkin dari Malaysia, Indonesia atau Filipina.

“Awak separuh Malaysia, Indonesia atau Filipina? Atau negara Asia yang lain?,” soalnya kepada wanita itu.

Namun tekaannya tidak mengena kerana wanita itu sebenarnya berdarah campuran Jepun dan Mesir. Malah, dia juga boleh bertutur dalam bahasa Arab Mesir.

“Nama saya Sasha Kawashima dan saya gembira berada di sini,” kata wanita itu.

Omar tidak menyangka kerana dia juga berasal dari negara Mesir.

BACA: Budak 7 Tahun Dah Pandai ‘Coding’, Mak Ayah Pastikan Anak Ada ‘Basic Skill’ Ni Sebelum Habis Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut tidak menjangkakan bahawa wanita itu berdarah campuran Jepun dan Mesir.

“Sebagai orang Indonesia, saya ingatkan dia berasal dari Indonesia”

“Saya ingatkan dia separuh Jepun separuh Rusia bila dia cakap nama dia Sasha”

“Plot twist terbesar dalam sejarah”

“Campuran Jepun dan Mesir sangat menarik”

“Agak pelik untuk tengok orang Arab tak nampak macam Arab. Maksud saya, biasanya orang Arab ada genetik yang kuat walaupun berdarah campuran”

“Saya tak pernah tengok campuran Mesir dan Jepun, ia satu campuran yang sangat unik”

Sumber: omarfruitflan