Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Buaya Dikesan Muncul Di Pelabuhan Di Kemaman
CHUKAI, 16 Nov (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menjalankan siasatan mengenai dakwaan kemunculan seekor buaya di sebuah pelabuhan di Teluk Kalung dekat sini semalam.
Pengarahnya Loo Kean Seong berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kelibat reptilia berkenaan pagi tadi.
“Pasukan Perhilitan Kemaman telah berada di pelabuhan terbabit pagi ini untuk melakukan siasatan lanjut.
“Difahamkan kelibat buaya itu berada di pelabuhan berkenaan pada 8.30 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, tular menerusi aplikasi TikTok sejak semalam satu video berdurasi 14 saat memaparkan buaya berkenaan sedang berenang.
Sumber: Bernama