Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

FAM Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

kes pemain warisan FAM
Gambar: FAM

FAM Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima alasan penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung keputusan menolak rayuan berkaitan status kelayakan tujuh pemain warisan negara.

Susulan itu, FAM memaklumkan bahawa pihaknya akan memulakan proses membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS).

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan badan-badan berkaitan,” kata Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi.

Dalam kenyataan sama, beliau menegaskan, FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak menyarung jersi Malaysia. FAM juga akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.

BACA: FIFA Arah Sekreteriat Siasat Operasi Dalaman FAM, Kenalpasti Dalang Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan

Sumber: FAM