Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

Iqbal Yasir
RON97 Diesel naik 3 sen
Gambar: Bernama

RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 3 sen seliter, berkuat kuasa bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025.

Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, kenaikan harga runcit petrol RON97 adalah pada RM3.28 seliter. Manakala diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.10 seliter.

Dalam pada itu, RON95 yang bersubsidi di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter dan RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.65 seliter.

Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Harga baharu itu ditetapkan seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu hari ini.

Sumber: Kementerian Kewangan