CIMB Bersama ASCARO Tawarkan Keistimewaan Eksklusif Dan Umum Kejohanan Padel Open
CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (digabung sebagai “CIMB” atau “Bank”) mengumumkan kerjasama strategik dengan ASCARO untuk CIMB Padel Open, menandakan penglibatan pertama CIMB dalam sukan padel, salah satu sukan raket yang paling pesat berkembang di Malaysia.
Walaupun kejohanan padel dijadualkan berlangsung pada Jun 2026, pelanggan CIMB kini boleh menikmati keistimewaan eksklusif di gelanggang padel ASCARO di pusat beli-belah 1 Utama, dan juga di lebih banyak gelanggang yang akan dibuka tidak lama lagi di TREC Kuala Lumpur, lokasi yang pasti menarik minat peminat padel dan gaya hidup.
Kerjasama ini menekankan komitmen Bank untuk memberdaya dan menyatukan komuniti melalui inisiatif yang meraikan minat dan semangat kerjasama bersama, selaras dengan gerakan Kita Bagi Jadi CIMB yang memupuk dan menggalakkan semangat ketabahan, optimisme, dan positif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Semangat gigih dan keazaman untuk menang dalam padel selari dengan seruan Kita Bagi Jadi yang menekankan tindakan berfokus, menerima cabaran, dan meraikan pencapaian.
Melalui kerjasama dengan kelab padel premium ini, pemegang kad kredit dan debit CIMB menikmati diskaun 15% untuk langganan keahlian Gold & Black ASCARO Padel & Social Club apabila pembayaran dibuat menggunakan kad CIMB.
Selain itu, pelanggan CIMB Preferred mendapat akses kepada pelbagai keistimewaan eksklusif termasuk akses gelanggang secara percuma, barangan eksklusif, dan jemputan ke acara terpilih.
Manfaat ini menunjukkan dedikasi CIMB dalam menyediakan pengalaman gaya hidup yang melangkaui perbankan tradisional, memperkayakan kehidupan pelanggan berkeuntungan tinggi melalui pengalaman premium.
Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan CIMB, dan Daniel Liljekvist, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi ASCARO hadir pada pengumuman kerjasama tersebut.

Gurdip berkata, “CIMB berbangga memainkan peranan dalam memajukan landskap sukan dan gaya hidup di Malaysia melalui kerjasama yang bermakna. Dari menyokong ikon negara, sehingga menyediakan pengalaman premium seperti CIMB Preferred Golf Series dan kini berkembang ke padel, kami terus mencari cara bermakna untuk mempertingkatkan komuniti dan mempromosikan gaya hidup aktif.”
“Kerjasama kami dengan ASCARO membawa semangat yang sama kepada audiens baru. Padel bukan sekadar sukan; ia tentang kemesraan, ketangkasan, dan terbuka untuk semua, iaitu nilai yang mencerminkan tujuan CIMB sendiri. Sebagai bank pertama di Malaysia yang menerajui padel, kami memperluas akses kepada salah satu sukan yang paling pesat berkembang di negara ini sambil memperkayakan pengalaman pelanggan dengan aktiviti yang menginspirasikan keseimbangan, kesejahteraan, dan kebersamaan.”
Daniel berkata, “Padel yang berasal dari Mexico dan menjadi popular di Sepanyol telah menyaksikan pertumbuhan pesat di Asia Tenggara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan ASCARO sedang mentakrifkan semula landskap rekreasi bandar dan jaringan sosial.“
“Kami mencipta gabungan unik antara aktiviti sukan dan gaya hidup premium, dan kerjasama dengan CIMB menandakan langkah penting dalam perjalanan ini. Pendekatan progresif CIMB terhadap aspirasi pelbagai pelanggan mereka membolehkan kami menonjolkan padel sebagai sukan yang sesuai dengan gaya hidup kontemporari.”
Bagi menggalakkan penyertaan dalam CIMB Padel Open, Bank CIMB menawarkan keistimewaan eksklusif untuk pemegang kad CIMB, termasuk diskaun yuran kejohanan. Sementara itu, pelanggan CIMB Preferred juga akan menikmati slot percuma, akses istimewa ke ruang rehat dan ruang tontonan CIMB Preferred, serta barangan eksklusif acara.
Terbuka kepada orang awam, kejohanan selama tiga hari ini akan menyaksikan penyertaan lebih 200 pemain dari kategori amatur dan profesional, menjadikannya salah satu kejohanan sukan raket yang paling dinantikan di bandar.
Selain itu, pelanggan CIMB Preferred mendapat pelbagai keistimewaan lain seperti akses eksklusif ke kejohanan golf dan perkhidmatan nasihat serta pandangan pasaran yang personal dari Pejabat Ketua Pelaburan dalam menikmati pendekatan holistik terhadap kekayaan dan gaya hidup.
Untuk maklumat lanjut mengenai CIMB Preferred dan kerjasama CIMB-ASCARO, sila lawati www.cimbpreferred.com.my/padel