Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama wangian tempatan, Perfume Paradise terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri haruman dengan pelancaran koleksi terbaharu, Bella Signature, yang menampilkan tiga wangian eksklusif hasil kolaborasi bersama duta jenamanya, Mua Bellaz.
Koleksi baharu itu memperkenalkan tiga haruman unik iaitu Vanille Veil, Violet Haze dan Velvet Skin, yang dibangunkan dengan identiti tersendiri bagi menawarkan pengalaman wangian berbeza kepada pengguna.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah, Bella Signature tampil dengan pendekatan baharu berbanding rangkaian wangian yang pernah diperkenalkan syarikat sebelum ini.

Katanya, kebanyakan produk terdahulu dihasilkan berasaskan inspirasi daripada wangian popular yang sudah dikenali di pasaran, namun Bella Signature dibangunkan sebagai koleksi original yang mempunyai karakter tersendiri.
“Untuk Bella Signature, kami menghasilkan wangian yang benar-benar eksklusif dan tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana haruman lain di pasaran. Profil haruman dan hala tuju setiap wangian dibangunkan khas bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna,” katanya.
Beliau berkata, keistimewaan koleksi itu turut terletak pada penglibatan Mua Bellaz yang memainkan peranan penting dalam pemilihan ketiga-tiga wangian berkenaan.

“Setiap wangian mempunyai karakter dan profil haruman yang berbeza. Malah, salah satu daripadanya iaitu Velvet Skin memperkenalkan kategori Skin Scent yang pertama kali dihasilkan oleh Perfume Paradise,” jelasnya.
Mengulas inspirasi di sebalik penghasilan Bella Signature, Nur Afiqah berkata koleksi tersebut diinspirasikan daripada personaliti dan pengaruh Mua Bellaz yang dianggap sebagai ikon dalam kalangan peminatnya.
“Kami mahu menghasilkan sesuatu yang unik dan berbeza daripada wangian-wangian sebelum ini, sekali gus mencerminkan keperibadian Mua Bellaz,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata strategi Perfume Paradise untuk terus berkembang dalam industri wangian yang semakin kompetitif adalah dengan mengekalkan keseimbangan antara kualiti premium dan harga yang mampu milik.
“Kami sentiasa menitikberatkan kualiti haruman yang ditawarkan, namun pada masa sama memastikan ia kekal mampu dimiliki oleh pengguna. Itu antara faktor yang membantu jenama kami terus mendapat sokongan,” ujarnya.

Ditanya mengenai pemilihan Mua Bellaz sebagai rakan kolaborasi, Nur Afiqah berkata hubungan kerjasama yang terjalin selama 11 tahun menjadi antara faktor utama kolaborasi tersebut diteruskan.
“Tahun 2026 menandakan tahun ke-11 kerjasama antara Perfume Paradise dan Mua Bellaz. Sepanjang tempoh itu, beliau menunjukkan komitmen yang tinggi, profesional dan sangat mudah untuk bekerjasama. Sebab itu kami terus memilih beliau sebagai wajah kepada koleksi Bella Signature,” katanya.

Majlis pelancaran turut menampilkan Rafaela Li-Topalian, seorang Perfume Evaluator dari Perancis yang diterbangkan khas bagi berkongsi pandangan profesional mengenai pembangunan dan karakter unik setiap wangian dalam koleksi Bella Signature.
Kehadiran pakar wangian antarabangsa itu mencerminkan komitmen Perfume Paradise dalam memastikan setiap haruman yang dihasilkan memenuhi standard kualiti global sambil mengekalkan identiti tersendiri yang dekat dengan citarasa pengguna tempatan.