Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Remaja Dilaporkan Hilang Di Cameron Highlands Ditemukan Selamat

Azzwin
Kredit: Bernama

Dua Remaja Dilaporkan Hilang Di Cameron Highlands Ditemukan Selamat

KUANTAN, 20 Nov (Bernama) — Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands pada Isnin lepas ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata Nurul Syuhada Mohd Faizal, 15, dan rakannya Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, dikesan di rumah kenalan di Pokok Sena, Kedah pagi tadi.

Beliau berkata dua remaja itu dalam keadaan baik dan selamat pulang ke pangkuan keluarga.

“Terima kasih kepada semua yang peka dan membantu serta bekerjasama dengan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja itu yang dilaporkan hilang pada I7 Nov selepas menerima laporan kehilangan pada Selasa.

BACA: UM Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026
BACA: Bunuh Abang: Lelaki Terlepas Tali Gantung Dipenjara 35 Tahun, 15 Sebatan
BACA: Lebih 26,000 Surat Tawaran Haji 2026 Dikeluarkan – Tabung Haji

Sumber: Bernama