Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebuah Blok SK Baling Terbakar Pagi Tadi

Azizah Najib
sk baling terbakar
Kredit: Orang awam

Sebuah Blok SK Baling Terbakar Pagi Tadi

Kedah — Penduduk di sekitar Baling, Kedah digemparkan dengan kejadian yang melibatkan sebuah blok Sekolah Kebangsaan Baling terbakar pagi tadi.

Menerusi perkongsian orang ramai di laman Facebook, kepulan asap tebal dilihat keluar dari bumbung blok berkenaan dan naik ke udara sekitar jam 11 pagi.

Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Baling telah berjaya memadamkan kebakaran manakala anggota polis bertugas menjaga lalu lintas.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan cuti sekolah di negeri berkenaan jatuh pada hari Jumaat.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

BACA: PASTI Raudhatul Athfal Dilapor Terbakar

BACA: Stor Peralatan Sukan SMK Jalan 3 Bangi Terbakar

BACA: Pemandu Rentung, Lori Kontena Terbabas Dan Terbakar Di KM254 Lebuhraya PLUS

Sumber: Facebook SYS Smart Legacy, Noor Nazirah Hamid