Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isteri, Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai
Pelawak, Shahrol Shiro dalam satu muat naik video di akaun TikTok rasminya memaklumkan antara rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai merupakan isteri dan anaknya.
Menurut Shahrol, isterinya memberitahu keadaan banjir di sana bertambah buruk dengan beberapa jalan sudah ditutup termasuk laluan ke lapangan terbang.
Difahamkan, isteri dan anaknya berkunjung ke kawasan pelancongan itu bersama keluarga adik kepada isterinya.
“Dapat kabar berita daripada isteri saya yang sedang bercuti di Hatyai. Menurut beliau, hujan semakin lebat dan beberapa tempat dah dilanda banjir, beberapa jalan dah ditutup.
“Nak ke airport nak balik pun dah tak boleh dan saya terlihat di Facebook keadaan semakin teruk,” katanya.
“Saya di Sabah, hati seorang suami sangat risaulah eh memandangkan isteri bersama dengan anak saya Iqi dan juga keluarga adiknya,
“Sayang, I tahu you boleh, you mampu harungi ujian ini sayang. Semoga dipermudahkan urusan semua. Amin” luahnya lagi
Susulan itu, dia memohon doa orang agar mendoakan situasi banjir di sana kembali pulih.
“Mohonlah titipkan sedikit doa kepada semua mangsa yang terlibat dan semoga situasi banjir di sana kembali pulih.
“Terima kasih kepada sahabat-sahabat tadi ramai juga saya minta bantu semua,” ucapnya dalam klip ini.
Terdahulu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.
“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat melancong atau melawat selatan Thailand supaya menangguhkan perancangan mereka buat sementara waktu ekoran cuaca buruk, hujan lebat berterusan serta banjir yang menjejaskan banyak kawasan,” katanya.
Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di selatan Thailand agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca, mengikuti pengumuman serta arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan menjaga keselamatan diri.
Beliau berkata untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +66 81 990 1930 atau melalui e-mel [email protected].
Sumber: TikTok @Shahro.shiro