Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tular Santuni Pemancing Malaysia, ‘Abang Polis’ Singapura Tak Sangka Jadi Perhatian Ramai

abang polis singapura
Kredit: Singapore Police Force

Tular Santuni Pemancing Malaysia, ‘Abang Polis’ Singapura Tak Sangka Jadi Perhatian Ramai

Pegawai polis Singapura yang sebelum ini tular kerana menyantuni pemancing dari Malaysia dengan baik tidak menyangka akan mendapat pujian ramai.

Station Inspector (SI) Ramdzan dari Pasukan Polis Pengawal Pantai (PCG) berkata beliau sentiasa percaya pendekatan mesra perlu diutamakan ketika berurusan dengan orang awam.

“Ia adalah tentang menghormati setiap individu sambil kekal profesional,” katanya seperti yang dikongsikan oleh Singapore Police Force di Facebook.

Mengimbas kembali kejadian pada 15 November lalu, Ramdzan ketika itu sedang melakukan rondaan bersama dua rakan setugas. Tidak lama kemudian, beliau melihat sebuah bot memancing kecil berada di perairan Singapura.

Kredit: Singapore Police Force

Apabila menghampiri bot tersebut, beliau melihat dua pemancing dari Malaysia kelihatan agak gementar tetapi tetap memberi kerjasama.

“Saya nampak dua orang sedang memancing dan firasat saya mengatakan mereka hanya pemancing rekreasi yang tidak sedar bot hanyut ke perairan negara ini.

“Saya beritahu mereka bahawa saya faham jika mereka tidak sengaja memasuki perairan Singapura dan mereka perlu kembali ke perairan Malaysia,” katanya.

BACA: Bot Hanyut Masuk Perairan Negara Jiran, Cara Polis Singapura Tegur Pemancing Ini Buat Ramai Terkejut

Pendekatan beliau yang tegas tetapi berhemah itu mendapat pujian ramai, malah ada yang memanggilnya ‘Abang Polis.

Beliau mengakui terkejut dan pada mulanya agak risau kerana tidak pasti bagaimana perkara itu akan diterima oleh pengguna media sosial.

Bagaimanapun, respon yang diterima sangat positif dan reaksi isterinya juga menyentuh hati.

“Dia ketawa dan berkata dia bangga dengan saya. Dia tahu saya cuba menenangkan pemancing itu sambil menyampaikan mesej dengan jelas,” katanya.

Kredit: Singapore Police Force

Beliau juga berkata gelaran ‘Abang Polis’ memberikan makna yang istimewa kepadanya.

“Apabila orang guna perkataan itu, ada makna yang lebih besar di sebaliknya. ‘Abang’ itu seperti panggilan kepada seseorang yang melindungi, yang boleh dipercayai, yang ambil berat.

“Menjadi profesional dan tegas tidak bermakna kita perlu bersikap dingin atau agresif. Kita berurusan dengan manusia yang berhak diperlakukan dengan bermaruah dan penuh hormat,” ujarnya lagi.

Sumber: Singapore Police Force