Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wartawan Sukan Dakwa Diserang Ketika Bersendirian Menuju Kereta

Hannah
wartawan sukan diserang
Gambar: Haresh Deol/IG

Wartawan Sukan Dakwa Diserang Ketika Bersendirian Menuju Kereta

Pengerusi Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Abdul Manap, mengecam insiden serangan terhadap wartawan sukan dan ahli SAM, Haresh Deol, yang berlaku di ibu kota petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Haresh diserang oleh dua individu tidak dikenali, manakala seorang lagi bertindak merakam kejadian berkenaan. Beliau mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai berhampiran.

Setakat ini, motif serangan masih belum dikenal pasti. Susulan itu, Norismadi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera bagi memastikan keselamatan wartawan terus terjamin.

“Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan, SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini,” tegasnya.

Difahamkan, Haresh yang juga pengasas bersama portal media TwentyTwo13 sedang berbincang dengan beberapa rakan sebelum diserang ketika berjalan bersendirian menuju ke keretanya.

Sebelum ini, dalam perkongsian ringkas di media sosial, Haresh berkongsi bahawa beliau telah diserang. Beliau memaklumkan bahawa salah seorang daripada dua individu terbabit merakam kejadian tersebut.

Dalam perkongsian sama, Haresh turut mengesahkan sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Sementara itu, pengamal media, Pearl Lee berkata, kejadian ini adalah kali pertama Haresh berdepan serangan fizikal sepanjang 25 tahun bergelar wartawan.

BACA: Bekas Peserta AF4, Amirul Azwan Meninggal Dunia

Sumber: SAM