Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Penduduk Kampung Limau Kasturi Diingatkan Segera Berpindah, Paras Sungai Galas Meningkat

Sofea
penduduk kampung limau kasturi
Kredit: Bernama

Penduduk Kampung Limau Kasturi Diingatkan Segera Berpindah, Paras Sungai Galas Meningkat

GUA MUSANG, 26 Nov (Bernama) — Penduduk Kampung Limau Kasturi, di sini yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai dinasihatkan supaya berpindah lebih awal berikutan paras Sungai Galas menunjukkan trend menaik dan kini berada pada tahap amaran.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata proses pemindahan awal itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta sukarelawan.

BACA: Lebih 100 Kampung Di Kelantan Berisiko Dilanda Banjir Hingga Ahad Ini

“Penduduk yang terlibat telah diberi penerangan secara lisan oleh anggota keselamatan di kampung berkenaan dan dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, bagi mengelakkan risiko banjir,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Sik berkata ada anggota yang terpaksa memujuk dan menasihati beberapa penduduk yang enggan berpindah kerana keutamaan polis ialah keselamatan penduduk.

Sumber: BERNAMA