Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kempen “Super Low Price” MR D.I.Y Ringankan Beban Kos Barangan Keperluan Untuk Usahawan Mikro Dan Keluarga

Aina Munirah
Kredit: Bernama

Kempen “Super Low Price” MR D.I.Y Ringankan Beban Kos Barangan Keperluan Untuk Usahawan Mikro Dan Keluarga

KUALA LUMPUR, 28 November 2025 – MR D.I.Y. melancarkan kempen “Super Low Price” di seluruh negara, sebuah inisiatif yang bertujuan membantu rakyat Malaysia menghadapi peningkatan kos sara hidup dengan menawarkan barangan keperluan harian pada harga serendah mungkin.

Kempen ini menegaskan komitmen berterusan jenama tersebut iaitu “Always Low Prices”, memastikan barangan berkualiti kekal mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar bagi isi rumah dan perniagaan kecil, kempen Super Low Price memberi kelegaan yang bermakna, khususnya untuk keluarga serta usahawan mikro yang bergantung pada bekalan mampu milik untuk kelangsungan hidup dan perniagaan mereka.

“Di MR D.I.Y, kami komited dalam memastikan harga kekal rendah supaya rakyat Malaysia dapat memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting,” kata Alex Goh, Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan MR D.LY.

“Kempen ini adalah cara kami memberi kembali kepada komuniti dengan memastikan barangan keperluan sentiasa mudah didapati dan pada harga yang berpatutan, tanpa mengira keadaan ekonomi.”

Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 50% untuk pelbagai barangan keperluan harian termasuk:

  • Gas Butana (RM2.70) Keperluan penting buat peniaga makanan, pengendali gerai, dan pengguna dapur mudah alih.

  • Bekas Isian Sabun (RM3.90) Menyokong kebersihan rumah dengan harga mampu milik

  • Bateri AA / AAA (8 keping @ RM5.50) Keperluan seisi rumah untuk alat kawalan jauh, peralatan dapur, mainan, dan kelengkapan perniagaan.

  • Pengesat Kaki (RM5.90)-Tahan lasak, praktikal untuk rumah, kedai kecil, dan tempat kerja.

  • Tuala Mandi (RM7.50) – Keperluan asas keluarga pada harga menjimatkan.

Banyak lagi produk bernilai hebat boleh didapati di semua cawangan MR D.I.Y. seluruh negara.

BACA: LUSH Malaysia Bawa Rangkaian Snow Fairy ke Sunway Pyramid

Dengan harga yang lebih mampu milik, kempen Super Low Price membantu keluarga mengekalkan kualiti hidup sambil berjimat MR D.I.Y. membantu keluarga memaksimumkan kuasa membeli mereka tanpa perlu mengorbankan kualiti dengan menurunkan kos barangan keperluan yang kerap dibeli.

Usahawan mikro terutamanya dalam sektor makanan, perkhidmatan dan runcit juga mendapat manfaat besar.

Barangan seperti gas butana dan hateri amat penting untuk operasi harian mereka, dan pengurangan kos ini membantu mereka kekal berdaya saing sambil terus berkhidmat kepada komuniti.

Selama lebih dua dekad, MR D.I.Y. membina reputasi sebagai peruncit yang menawarkan harga berpatutan, akses mudah, dan nilai harian. Kempen Super Low Price adalah komitmen terkini jenama tersebut untuk menyokong rakyat Malaysia melalui sokongan yang praktikal dan bermakna.

“Kesan berlanjutan dari penjimatan ini akan dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia,” tegas Goh.

“la mencerminkan misi kami untuk menyokong setiap rakyat Malaysia, sama ada yang menguruskan rumah tangga atau perniagaan kecil. Kami mahu semua orang menikmati manfaat harga rendah setiap hari.”

MR D.I.Y. melancarkan promosi “Super Low Price” yang dinanti-nantikan, menawarkan penjimatan besar untuk pelbagai produk termasuk keperluan rumah, barangan penjagaan diri dan aksesori rumah. Promosi berlangsung dari 1 hingga 31 Disember 2025, selagi stok masih ada.
MR D.I.Y. menawarkan diskaun sehingga 50% kepada para pelanggan sempena promosi “Super Low Price”.

BACA: HABIB Akhiri Tahun Dengan Penuh Gaya Menerusi YES 2025