Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

LUSH Malaysia Bawa Rangkaian Snow Fairy ke Sunway Pyramid

Nur Farra

LUSH Malaysia kini memperkenalkan rangkaian Snow Fairy pertamanya di Sunway Pyramid, menampilkan koleksi ikonik dan sensasi bermusim yang paling digemari ramai. Kempen selama dua bulan ini berlangsung dari 25 November 2025 hingga 26 Januari 2026, menampilkan produk edisi terhad sempena Krismas.

Dikenali dengan haruman manis ala gula-gula kapas dan gula-gula getah, Snow Fairy hadir kembali dengan rona merah jambu yang menceriakan suasana perayaan. Koleksi lengkap termasuk semburan badan, gel mandian, sabun, bom mandian, syampu dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh bergambar di dinding foto bertema Snow Fairy untuk abadikan detik istimewa.

“Snow Fairy antara pelancaran tahunan yang paling dinanti-nantikan di LUSH,” kata Dr Harvinder Harchand, Pengarah LUSH Malaysia. “Ia melambangkan kegembiraan, kreativiti dan ekspresi diri — sambil kekal beretika, inovatif dan menyeronokkan.”

Setiap produk dihasilkan secara segar buatan tangan, bebas daripada ujian haiwan (‘cruelty-free’) dan ada pilihan tanpa bungkusan (‘naked’) untuk menyokong misi LUSH mengurangkan pembaziran.

Kempen ini direka sebagai pengalaman komuniti, membolehkan orang ramai meneroka semula haruman Snow Fairy dengan cara baru yang lebih menyeronokkan dan bermakna sepanjang tempoh kempen.

Untuk maklumat lanjut tentang LUSH dan inisiatif beretika mereka, layari: lush.my