Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Kecam Serangan Ke Atas Haresh Deol – Fahmi

Sofea
pm anwar kecam serangan
Kredit: Bernama

PM Anwar Kecam Serangan Ke Atas Haresh Deol – Fahmi

PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol, yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan terhadap wartawan tidak sepatutnya berlaku terutama ketika mereka menjalankan tugas.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan penuh,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini.

BACA: Tengku Zafrul Akan Terus Bantu PMX & Kerajaan Di Masa Akan Datang – Fahmi Fadzil

Pada Selasa lepas, Haresh diserang oleh dua individu dalam satu insiden di Bangsar, dengan seorang daripadanya bertindak merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan suspek terlibat telah ditahan dan dipercayai tersalah sasaran dengan menyerang Haresh.

Beliau berkata siasatan awal mendapati serangan itu dipercayai berpunca daripada motif peribadi, dengan dakwaan kononnya mangsa mengganggu isteri suspek.

Sumber: BERNAMA