Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

SAGA Serba Baharu Kini Tiba, Harga Bermula RM38,990

Azmil

SAGA Serba Baharu Kini Tiba, Harga Bermula RM38,990

Kuala Lumpur, 27 November 2025 – PROTON, pengeluar kereta nasional Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan Saga Serba Baharu, menandakan evolusi paling signifikan bagi nama model automotif paling ikonik di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Membawa tema “Empat Dekad Gemilang, Masa Depan Tanpa Batasan”, pelancaran ini bukan sekadar pengenalan model baharu, tetapi meraikan sebuah simbol nasional yang melambangkan kemajuan industri dan kebanggaan negara yang berterusan.

Majlis pelancaran bersejarah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia, di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dengan kehadiran para pemimpin negara, rakan industri serta ribuan tetamu jemputan.

Dibina untuk Era Mobiliti Malaysia Seterusnya

Dibangunkan berasaskan Advanced Modular Architecture (AMA) baharu PROTON, Saga Serba Baharu menggunakan platform masa depan yang mematuhi piawaian global dengan Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights, IPR) yang dimiliki dan dibangunkan sepenuhnya oleh PROTON, sekali gus menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam keupayaan automotif Malaysia. Pemilikan penuh ke atas IPR platform AMA mengukuhkan keupayaan kejuruteraan PROTON yang semakin meningkat dan membuka peluang baharu untuk kerjasama merentas ekosistem Kumpulan Geely, berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab kejuruteraan serantau bagi pembangunan model masa hadapan.

Ia menjadi bukti keupayaan kejuruteraan PROTON yang semakin berdikari, di samping menonjolkan kekuatan kerjasama antara inovasi global Geely dan kepakaran tempatan PROTON.

Sejak bekerjasama dengan Geely pada tahun 2017, PROTON telah berkembang menjadi jenama dinamik yang mempunyai rangkaian global, dengan model seperti X70, X50, S70 dan X90 yang menetapkan penanda aras baharu dalam reka bentuk serta prestasi. Saga Serba Baharu meneruskan evolusi ini menggabungkan teknologi bertaraf dunia, rekaan abadi dan semangat kebanggaan nasional, sekali gus mengukuhkan kedudukan PROTON sebagai jenama “Dibuat untuk Rakyat Malaysia, Sedia untuk Dunia”.

Kemajuan ini diperkukuh oleh program Operational Excellence PROTON (POE) serta rangkaian 164 outlet 3S dan 4S terbesar di Malaysia, yang memastikan setiap pemilik menikmati pengalaman jualan dan selepas jualan yang cemerlang di seluruh negara.

“Saga Serba Baharu menandakan detik penting dalam evolusi kami,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. “Ia lebih daripada sekadar sebuah kereta – ia adalah penzahiran kebanggaan negara, kejuruteraan cemerlang dan usaha berterusan kami untuk menawarkan kenderaan pintar berkualiti tinggi, Dibuat untuk Rakyat Malaysia, Kejuruteraan Bertaraf Dunia. Saga Serba Baharu ini menggambarkan semangat warga PROTON dan masa depan tanpa batasan keupayaan automotif Malaysia.”

Susulan pelancaran rasminya, keterujaan terhadap Saga Serba Baharu kekal tinggi dengan lebih 20,000 tempahan telah diterima. Sambutan awal yang memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap rekaan yang diperbaharui, peningkatan prestasi dan ciri keterhubungan pintar, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon sebenar Malaysia.

Sebuah I.K.O.N. Di Atas Jalan – Menetapkan Standard Baharu dalam Prestasi, Keselamatan, Kepintaran dan Gaya

Di bawah slogan “Intelligence That Thrills”, Saga Serba Baharu menggabungkan Prestasi Mengagumkan, Keselamatan Komprehensif, Kepintaran Optimum dan Gaya Generasi Seterusnya (I.K.O.N.), selari dengan aspirasi PROTON untuk mengangkat kejuruteraan automotif Malaysia ke pengiktirafan global.

I – Impressive Performance (Prestasi Mengagumkan)

Dikuasakan oleh enjin 1.5 i-GT baharu PROTON yang dipadankan dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission), Saga Serba Baharu menawarkan pemanduan yang lancar dan bertenaga dengan kecekapan bahan api yang mengagumkan iaitu 4.9L/100 km (Kitar Pemanduan Malaysia, MDC). Sistem Stereng Kuasa Elektrik (EPS) baharu meningkatkan lagi ketepatan kawalan, manakala Ride and Handling PROTON yang tersendiri memastikan pemanduan yang seimbang, stabil dan selesa dalam pelbagai keadaan jalan raya.

C – Comprehensive Safety (Keselamatan Komprehensif)

Saga Serba Baharu dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan menyeluruh termasuk enam beg udara SRS, sembilan fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), serta Proton Reinforced Safety Structure (RESS) dengan komponen Hot Press Forming (HPF) untuk perlindungan penumpang yang lebih baik dan integriti struktur yang lebih kukuh semasa pelanggaran.

O – Optimised Intelligence (Kepintaran Optimum)

Paparan Skrin Dwi-Bersepadu 16 inci baharu menyokong sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, disertai ciri kemudahan pintar seperti lampu utama automatik, fungsi Follow-Me-Home dan pelarasan ketinggian lampu hadapan, bagi memastikan kemudahan penggunaan optimum dalam pemanduan harian.

N – Next-Gen Style (Gaya Generasi Seterusnya)

Evolusi rekaan Saga menampilkan gril hadapan baharu berinspirasikan Sulaman Songket — simbol seni kraftangan Malaysia — dipadankan dengan Lampu Hadapan LED Projektor Penuh, palang Lampu Belakang LED penuh, serta rekaan dalaman yang diperbaharui, menzahirkan gaya moden yang kemas sambil mengekalkan identiti nasional.

Harga Rasmi dan Manfaat Pemilikan Rasmi Diumumkan

Saga Serba-Baharu ditawarkan dalam tiga varian – Standard, Executive dan Premium – serta lima warna menarik: Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White; masing-masing direka untuk memenuhi gaya hidup pemanduan yang pelbagai masa kini.

Setiap pembelian Saga Serba Baharu didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km perbatuan (yang mana terdahulu) dan tiga kali servis upah percuma di bawah program Pro-Warranty*, memberikan ketenangan fikiran jangka panjang kepada pemilik sejak hari pertama.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan, PROTON memperkenalkan Pakej Pelancaran komprehensif. Pelanggan boleh memilih sama ada Pro-Trade-in*, dengan sokongan overtrade sehingga RM1,500 untuk tukar beli kenderaan sedia ada, atau Pro-Xchange* yang menawarkan sokongan RM2,000 untuk pelupusan kenderaan tukar beli yang tidak lagi layak digunakan di jalan raya. Bagi pelanggan yang memerlukan pembiayaan, Pro-Finance* menawarkan kadar pembiayaan menarik bermula dari 2.6%. Semua tawaran ini sah untuk pelanggan yang mendaftar kenderaan mereka sehingga 31 Disember 2025, menjadikan Saga Serba Baharu lebih mudah dimiliki.

Pelanggan yang memilih PROTON Insurance Programme, Pro-Shield*, akan menikmati perlindungan yang ditambah baik termasuk Perlindungan Kerosakan Khas (Special Perils), perlindungan banjir yang dipertingkatkan sehingga RM2,000, serta perlindungan kemalangan peribadi untuk penumpang sehingga RM15,000 seorang sehingga 4 orang penumpang. Manfaat ini, yang sah untuk pelanggan yang mendaftar kenderaan sehingga 31 Disember 2025, adalah tambahan kepada kelebihan sedia ada seperti pengecualian betterment sehingga 10 tahun, perlindungan nilai dipersetujui, perlindungan untuk semua pemandu, perlindungan gantian kunci, perlindungan kemalangan peribadi untuk pemegang polisi serta bantuan tepi jalan 24 jam.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, PROTON juga mempertingkatkan sokongan selepas jualan dan standard servis. Untuk Saga Serba Baharu, perkhidmatan Fast Service* disediakan bagi servis asas berkala apabila pelanggan membuat janji temu awal dan memilih untuk menunggu di premis sementara kenderaan diservis.

Selain itu, PROTON memperkenalkan 1-Day Service Delivery*, di mana kenderaan akan disiapkan dalam tempoh 24 jam sama ada pelanggan hadir secara walk-in atau melalui tempahan awal.

Bagi situasi di mana kerja baik pulih mengambil masa lebih daripada tiga hari bekerja*, outlet servis PROTON akan menyediakan kereta gantian serta satu kali servis percuma (termasuk alat ganti servis dan upah), bagi meminimumkan kesulitan dan membuktikan komitmen PROTON untuk menyokong pemilik sepanjang tempoh pemilikan kenderaan mereka.

Harga di atas jalan (OTR) untuk Saga Serba Baharu adalah seperti berikut:

Variant

Peninsular Malaysia

East Malaysia

1.5 Standard

RM38,990

RM40,990

1.5 Executive

RM44,990

RM46,990

1.5 Premium

RM49,990

RM51,990

Harga selepas rebat untuk Saga Serba Baharu adalah seperti berikut:

Varian

Peninsular Malaysia

Malaysia Timur

1.5 Standard

RM37,990

RM39,990

1.5 Executive

RM43,990

RM45,990

1.5 Premium

RM48,990

RM50,990

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan Saga Serba Baharu, kunjungi mana-mana outlet PROTON yang sah di seluruh negara. Jangan lupa untuk mengikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk mendapatkan perkembangan terkini, promosi dan aktiviti menarik berkaitan Saga Serba Baharu.