Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa Daerah Di Kelantan Dijangka Dilanda Banjir Mulai Esok – JPS
KOTA BHARU, 28 Nov (Bernama) — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah dan berisiko di Kelantan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan ramalan itu meliputi hari ini hingga Ahad dengan pemantauan rapi sedang dijalankan di semua lembangan sungai utama.
“Kawasan yang berisiko merangkumi 10 jajahan, melibatkan lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak dan cabang-cabangnya,” menurut PRABN.
Antara jajahan yang terlibat adalah Pasir Mas melibatkan lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Pasir Puteh melibatkan lembangan Sungai Semerak dan Sungai Tasik, Kota Bharu melibatkan lembangan Sungai Kemasin, Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Datu dan Sungai Pengkalan Chepa.
Berikutan itu, Bachok melibatkan lembangan Sungai Semerak termasuk Sungai Kemasin dan Sungai Melor, Kuala Krai melibatkan lembangan Sungai Kelantan merangkumi Sungai Lebir, Nal, Galas dan Pahi.
Tumpat melibatkan lembangan Sungai Golok dan Sungai Tumpat, Jeli melibatkan lembangan Sungai Golok dan Sungai Pergau, Machang melibatkan lembangan Sungai Kelantan termasuk Sungai Sat dan Sungai Kemubu.
Ekoran itu, Tanah Merah melibatkan lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Lanas dan Gua Musang melibatkan lembangan Sungai Kelantan merangkumi Sungai Nenggiri, Chiku, Aring dan Lebir.
PRABN dalam kenyataan memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan bergantung kepada intensiti hujan semasa. Sehubungan itu, maklumat lanjut dan amaran semasa boleh diperoleh melalui laman web
publicinfobanjir.water.gov.my
,” menurut kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA