Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SEPANG, 28 November 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Ke-4 (KHUP4) di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC) yang menghimpunkan 34 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen untuk Musim Haji 1447H/2026M.
Karnival ini berlangsung sehingga 30 November 2025 dan dijangka menarik 25,000 orang pengunjung.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad berkata karnival tiga hari ini menjadi platform terbaik untuk bakal haji mendapatkan maklumat tepat dan membuat pilihan pakej haji daripada Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen mengikut piawaian TH dan peraturan Arab Saudi.

“TH ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji daripada syarikat pelancongan yang tidak dilesen. Kita hanya mengiktiraf 34 PJH dan tiada ejen lain dilantik. Mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan tanpa kelulusan boleh diambil tindakan di bawah Akta Tabung Haji 1995,” katanya.

Karnival ini turut disertai RHB Islamic Bank, IJN dan PDRM yang akan menyediakan perkhidmatan kewangan patuh syariah, pemeriksaan kesihatan percuma serta hebahan mengenai penipuan pakej haji. Perkhidmatan Bas Rapid KL percuma dari kawasan berdekatan turut disediakan bagi kemudahan para pengunjung ke tapak karnival.


