Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Wanita Kongsi Keadaan Rumah
Kredit: @yanaaaaaaaaa_yaa via TikTok
Tiada Kategori

“Saya Redha…” Wanita Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Banjir Sehari Selepas Dapat Kunci

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Saya Redha…” Wanita Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Banjir Sehari Selepas Dapat Kunci

Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Ia bukan sekadar tentang sebuah tempat berteduh, namun melambangkan kestabilan, kebebasan dan pencapaian dalam hidup.

Rasa teruja dan gembira tidak dapat disembunyikan apabila rumah yang selama ini diidamkan akhirnya siap dibina dan boleh diduduki.

Setiap sudut rumah, dari bilik tidur hingga ruang tamu, menjadi saksi kepada usaha, perancangan dan kesabaran pemilik sepanjang proses pembinaan.

Lebih daripada sekadar struktur fizikal, rumah ini melambangkan keamanan, kebahagiaan dan permulaan baharu bagi kehidupan keluarga.

Pilu, wanita kongsi keadaan rumah selepas dapat kunci

Namun, berbeza pula dengan situasi keluarga ini apabila mereka menerima ujian selepas menerima kunci rumah baharu pada 24 November, dan keesokan harinya kediaman tersebut dinaiki air banjir.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh @yanaaaaaaaaa_yaa di TikTok, kelihatan suaminya berada di hadapan rumah impian mereka sambil memegang replika kunci.

Gambar di bawah menunjukkan sebuah rumah batu satu tingkat di kampung Titi Gantung, Perak yang dikelilingi air banjir secara tiba-tiba.

“Sebenarnya kawasan tu tak pernah banjir. Air bertakung mengalir dari belakang rumah tetapi tak pasti sama ada air limpahan dari tempat banjir lain atau dari empangan air yang dilepaskan

“Kalau diikutkan kawasan tu kalau hujan lebat macam mana pun tak banjir. Ini kali pertama banjir teruk,” jelas @yanaaaaaaaaa_yaa kepada SK.

Dalam pada itu, suami pemilik akaun TikTok tersebut turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan mengenai rumah baharu mereka.

“Terima kasih semua yang prihatin. Rezeki rumah siap seminggu sebelum banjir dan dapat kunci sehari sebelum banjir. Takdir air banjir masuk rumah dulu sebelum tuan rumah,” katanya.

“Allah nak uji dan bagi yang lebih baik selepas ini”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meninggalkan pelbagai komen bersimpati terhadap keluarga tersebut selain memberikan kata-kata semangat menempuh ujian berkenaan.

Pada masa yang sama, ada juga yang berkongsi pengalaman menghadapi situasi serupa.

BACA: Syarikat Telekomunikasi Bakal Laksana Integrasi MyDigital ID Bermula 1 Disember

Sumber: @yanaaaaaaaaa_yaa via TikTok