Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

OpenSys Perkenal PalmWav, Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia
OpenSys Technologies Sdn Bhd, anak syarikat kepada OpenSys (M) Bhd telah memperkenalkan PalmWav, sebuah prototaip inovatif yang menggunakan teknologi pengecaman tapak tangan untuk membolehkan transaksi dilakukan tanpa sebarang peranti.
Menurut OpenSys Technologies, sistem ini menunjukkan keupayaannya beroperasi dengan infrastruktur pembayaran sedia ada di Malaysia, termasuk rangkaian MyDebit di bawah PayNet yang menjadikannya satu langkah besar ke arah pengalaman pembayaran yang lebih lancar dan futuristik.
Menerusi teknologi ini, pengguna boleh membuat pembayaran hanya dengan mengimbas tapak tangan, sebagai pelengkap kepada kaedah pembayaran sedia ada seperti telefon pintar, kad fizikal dan dompet.
Dikuasakan oleh inovasi AI daripada Tencent Cloud, PalmWav menjana “tandatangan tapak tangan” unik bagi setiap pengguna, membolehkan pengesahan hanya dalam beberapa saat yang menepati standard privasi dan keselamatan tertinggi.
Proses pendaftaran juga mudah. Pengguna boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih PalmWav, kemudian melengkapkan pengesahan sekali sahaja di kedai rakan niaga terpilih.
Selepas berjaya didaftarkan, pembayaran boleh dibuat dengan mengimbas tapak tangan pada pembaca PalmWav.
Di samping itu, proses pendaftar juga mudah kerana pengguna hanya perlu mendaftar melalui aplikasi mudah alih PalmWav kemudian melengkapkan pengesahan sekali sahaja di kedai rakan niaga terpilih.
Setelah selesai pendaftaran, pembayaran boleh dibuat dengan mengimbas tapak tangan pada pembaca PalmWav. Ia menjadikan transaksi lebih cepat, mudah dan tanpa perlu menyentuh sebarang peranti.
Selain kemudahan yang ditawarkan, PalmWav turut menekankan keselamatan bertaraf perusahaan bagi setiap transaksi.
Difahamkan, segala data dan pembayaran disulitkan hujung ke hujung, diperkukuh melalui tokenisasi dan dipantau secara masa nyata untuk mengesan sebarang aktiviti penipuan.
Menurut OpenSys Technologies, sistem ini dipertontonkan terlebih dahulu melalui sesi dalaman kepada warga kerja OpenSys dan rakan kongsi terpilih, selain demonstrasi langsung di lokasi perintis seperti Kom.Fi Café di Kuala Lumpur dan Bread Maison di Petaling Jaya, sebelum dilancarkan kepada umum.
Projek perintis ini menegaskan komitmen OpenSys Technologies terhadap penyelidikan dan inovasi, menjadikan teknologi sebagai pemangkin untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.
Dalam pada itu, syarikat juga bercadang untuk menilai penggunaan pembayaran berasaskan tapak tangan di pelbagai sektor, bagi meneliti potensi penerapannya dalam situasi sebenar pada masa hadapan.
Sumber: OpenSys Technologies