Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Air Sungai Bertukar Biru
Kredit: Bernama

Air Sungai Bertukar Biru: Punca Belum Muktamad, Pasukan Petugas Ditubuh – MB Perak

Athirah

Air Sungai Bertukar Biru: Punca Belum Muktamad, Pasukan Petugas Ditubuh – MB Perak

IPOH, 2 Dis (Bernama) — Punca mutlak berlakunya fenomena air Sungai Perak bertukar menjadi biru belum dimuktamadkan dan tiada bukti dapat mengesahkan kaitannya secara langsung dengan aktiviti perlombongan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata pada Jumaat lepas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengetuai delegasi kerajaan negeri bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, turut disertai ketua-ketua jabatan teknikal termasuk pihak Jabatan Mineral Geosains (JMG) Malaysia.

“Pertemuan itu cukup penting untuk kerajaan negeri mendapatkan kepastian berhubung isu-isu yang telah dibangkitkan, Alhamdulillah, pertemuan itu sedikit sebanyak merungkaikan beberapa perkara yang memerlukan pencerahan,” katanya ketika menggulung Enakmen Perbekalan 2026 di sini hari ini.

Saarani berkata berdasarkan rekod, fenomena air sungai menjadi biru pernah dilaporkan berlaku pada 2018 di kawasan yang hampir sama, ketika industri perlombongan unsur nadi bumi (REE) belum pun beroperasi di negeri Perak, didapati fenomena berkenaan berlaku ketika taburan hujan luar biasa berlaku.

“Pihak JMG juga mengesahkan kawasan Hulu Perak sememangnya kaya sumber mineral yang tinggi seperti bijih timah, tembaga, mangan, arsenik dan pirit. Setiap kali hujan, mineral dalam tanah boleh dibawa bersama ke sungai,” katanya.

Saarani berkata dengan taburan hujan yang luar biasa tinggi pada masa ini, lebih banyak tanah yang mengandungi mineral ini boleh dibawa ke dalam sungai.

Justeru, beliau berkata dengan kandungan mineral itu terdapat dua kemungkinan air berubah menjadi biru, iaitu cahaya matahari membiaskan kandungan mineral dalam air sungai menampakkan seolah-olah air berwarna biru, dan kehadiran mineral yang tinggi di dalam sungai menyebabkan larutan mineral seperti ferum sulfat dan tembaga sulfat boleh juga menampakkan air berwarna biru.

Selain itu, bacaan 13 becquerel yang dilaporkan sebelum ini diyakini menggunakan pengukuran instrumen Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICPMS) yang hanya berkeupayaan menganalisis kepekatan mineral sesuatu elemen dalam unit peratus (%) atau bahagian per juta (ppm) atau bahagian per bilion (ppb), bukannya mengukur kandungan radioaktif sesuatu bahan.

“Sedangkan analisis sebenar bagi menentukan keradioaktifan sesuatu elemen atau bahan sepatutnya menggunakan instrumen seperti analisis penggiatan neutron, alpha spectrometry atau spektrometri sinar gama seperti yang lazim digunakan untuk mengukur tahap sebenar radioaktif,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu pasukan petugas telah ditubuhkan pada peringkat kementerian yang turut disertai semua jabatan teknikal bagi meneliti, menyiasat, dan mencari justifikasi teknikal serta fakta lapangan terhadap semua isu yang timbul.

“Siasatan lanjut sedang diteruskan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya disahkan berlaku pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) atau peraturan di bawah Enakmen Mineral (Perak) 2003, Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya ketika menggulung Enakmen Perbekalan 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Atom juga akan membuat analisa komprehensif untuk mengukur tahap sebenar keradioaktifan di tapak projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri mengambil sikap terbuka dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan menghormati sebarang ketetapan yang akan diputuskan kelak.

“Kerajaan negeri menyedari pentingnya industri berkenaan kepada kelangsungan ekonomi negeri, tetapi mempunyai pendirian yang jelas bahawa keselamatan rakyat dan kelestarian negeri garis yang tidak akan dilangkaui.

“Kerajaan Negeri juga menyambut baik setiap cadangan yang dilontarkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung ketegasan terhadap SOP perlombongan, pemantauan berkala bagi aktiviti tersebut, selain penguatkuasaan dan kawal selia rapi di tapak operasi perlombongan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Perak tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti perlombongan di kawasan jika terbukti ia mengancam kesihatan awam.

BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Orang Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Bernama