Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bank Rakyat Rangkul Anugerah Kepimpinan ESG Di Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera 2025
SELANGOR, 3 Dis – Bank Rakyat sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap agenda kelestarian apabila berjaya merangkul ‘Anugerah Kepimpinan ESG’ pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2025 baru-baru ini.
Anugerah tersebut yang disampaikan kepada Ketua Pegawai Strategi dan Kelestarian Bank Rakyat, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria di Hotel Sheraton Kuala Lumpur pada 27 November yang lalu, diberikan atas pencapaian cemerlang Bank Rakyat dalam menerapkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) secara holistik dalam operasi, inisiatif Jangkauan Komuniti serta strategi perniagaannya.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan tersebut turut menghargai inisiatif kelestarian perniagaan Bank Rakyat menerusi program keusahawanan RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur dalam menyantuni perniagaan asnaf serta usahawan siswa asnaf yang berpotensi.
Selaras dengan komitmen Bank Rakyat terhadap agenda ESG, pembiayaan lestari merupakan fokus strategik Bank bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi rendah karbon melalui penyediaan produk pembiayaan yang kompetitif dan mesra alam, termasuk Pembiayaan Peribadi-i bagi pembelian panel solar, Pembiayaan Kenderaan-i bagi pembelian kenderaan hibrid dan elektrik serta Pembiayaan Peribadi-i bagi pembelian motosikal elektrik.
Usaha ini bukan sahaja menyokong perkembangan ekosistem yang lestari, malah membantu pelanggan membuat pilihan kewangan yang lebih mampan dan bertanggungjawab.
Pengiktirafan ini turut menyuntik motivasi dan semangat kepada Bank untuk terus memperkenalkan strategi inovatif dan memperluas program kelestarian sosial dan alam sekitar demi manfaat masyarakat secara menyeluruh.
Komitmen ini seiring dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kelestarian, kesejahteraan dan inklusiviti sebagai asas pembangunan negara pada masa hadapan.