Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Muslimah Fest 2025 Dijangka Tarik Lebih 20,000 Pengunjung Sempena “Mufti Menk Live In Malaysia”
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Penganjuran Muslimah Fest 2025 sempena Mufti Menk Live in Malaysia selama dua hari pada 6 dan 7 Disember 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dijangka menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung.
Muslimah Fest 2025 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan Muslimah Fest 2024 yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur tahun lalu.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, Muslimah Fest 2025 yang bakal dianjurkan di Dewan Tun Razak 4, WTCKL, menghimpunkan lebih 70 jenama Muslimah terkenal merangkumi pelbagai produk pakaian, kecantikan dan makanan, termasuk Loveta, D’Herbs Holdings, Nilofar Health and Beauty, Timezone, Ice Watch, El Nahl, Hijab by Hanami, Lreana Scarves dan banyak lagi.
Muslimah Fest tahun ini lebih istimewa kerana dianjurkan bersempena dengan program kerohanian berprestij, Mufti Menk Live in Malaysia yang menampilkan pendakwah terkenal, Mufti Menk, sekali gus memperkukuh peranan Bank Rakyat dalam mendukung pembangunan sahsiah dan penghayatan ilmu Islam selaras dengan tuntutan Syariah dalam kalangan masyarakat.
Sebagai penaja utama acara Mufti Menk Live in Malaysia yang dianjurkan oleh Faith Events, Bank Rakyat komited menyediakan platform penyampaian ilmu Islam yang relevan dengan kehidupan seharian dengan penampilan tokoh Islam antarabangsa. sekali gus menggalakkan interaksi bermakna dalam komuniti Islam.
Muslimah Fest turut berperanan sebagai medium penting dalam menyokong sektor keusahawanan negara, khususnya perniagaan tempatan milik usahawan wanita yang semakin berkembang dan memainkan peranan signifikan dalam ekonomi negara.
Pendekatan ini sekali gus menunjukkan bahawa Bank Rakyat bukan sekadar penyedia penyelesaian kewangan patuh Syariah, tetapi juga institusi kewangan yang menyantuni keperluan holistik wanita Muslimah.
Muslimah Fest 2025 dianjurkan sepenuhnya tanpa transaksi tunai bagi menggalakkan penggunaan transaksi digital dalam semua urus niaga.
Pengunjung dan peniaga digalakkan menggunakan Kad Kredit-i, Kad Debit-i, i-Merchant RAKYAT dan platform Bank Rakyat QR DuitNow sebagai kaedah pembayaran.
Pelanggan Bank Rakyat turut bakal menikmati pelbagai keistimewaan termasuk diskaun sehingga 20 peratus daripada peniaga terpilih, manakala mereka yang berbelanja melebihi RM250 melalui platform pembayaran Bank Rakyat berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk 1 gram wafer emas, gelang tangan perak, jam tangan Ice Watch, baucar petrol bernilai RM100 dan banyak lagi sepanjang festival berlangsung.
Di samping itu, Bank Rakyat turut mempromosikan ciri baharu Kad Kredit-i Muslimah, selain menawarkan pulangan tunai lima peratus bagi perbelanjaan keperluan harian merangkumi makanan, pembayaran bil utiliti, farmasi serta spa dan kecantikan.
Bank Rakyat mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat dan seisi keluarga untuk bersama-sama memeriahkan Muslimah Fest 2025 di WTCKL, seterusnya menikmati pengalaman gaya hidup Islamik yang holistik dan tawaran eksklusif.