Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anwar Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Bung Moktar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Jumaat tadi.
“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
“Sebagai seorang sahabat lama, saya mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat,” kongsinya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi.
Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham meninggalkan legasi yang besar terhadap rakyat khususnya rakyat di Sabah.
“Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.
“Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” kata Anwar lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi ini.
Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi pemberita namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapanya itu.
“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim