Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Air Dari Mana,” Mat Saleh Temu Bual Pekerja Bangladesh Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum
Bahasa Melayu merupakan salah satu identiti utama rakyat Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, ia bukan sahaja menjadi alat komunikasi harian, malah berperanan sebagai simbol perpaduan dan warisan budaya negara.
Ia turut mengikat rakyat daripada pelbagai kaum melalui pemahaman bersama, serta menjadi medium rasmi dalam pendidikan, pentadbiran dan urusan rasmi kerajaan.
Dengan pengiktirafan ini, bahasa Melayu bukan sahaja mencerminkan jati diri Malaysia, bahkan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat cinta akan tanah air dan budaya tempatan.
Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan gelagat dua orang warga asing sedang berkomunikasi dalam bahasa Melayu menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @alexey.brock di TikTok, lelaki tersebut sedang menemu ramah seorang pekerja Bangladesh yang kebetulan berada di tempat kejadian sewaktu berlakunya banjir teruk di stesen MRT Titiwangsa.
Difahamkan, beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada 4 Disember lalu.
Selain itu, pekerja yang dikenali sebagai Fizan itu mengakui sistem perparitan dan teknologi menghadapi banjir di Malaysia sangat bagus, malah dia turut berasa sangat kagum bagaimana air banjir boleh surut dalam masa satu jam sahaja.
Selain itu, dia turut bersetuju dengan pendapat Brooke yang mengatakan Kuala Lumpur mempunyai sistem pengurusan banjir yang maju.
Video berdurasi 59 saat itu memaparkan paras air yang sangat tinggi sehingga menjejaskan dinding, selain sebuah kereta yang tersekat di tengah banjir.
Lebih menarik lagi cara mereka bertanya dan menjawab soalan begitu spontan memang menghiburkan, menambahkan keseronokan pada setiap detik video itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji kefasihan kedua-dua individu itu dalam bercakap Bahasa Melayu serta turut bersetuju dengan pekerja itu berkenaan sistem saliran di Malaysia.
“Soalan “air dari mana” je dah buat aku blank kalau dapat soalan ni hahaha. Okay la dia boleh menjawab,” komen seorang wargamaya.
“Temu bual terbaik sepanjang masa. Saya mengundi ia sebagai pilihan utama untuk 2025,” komen seorang lagi wargamaya.
Sumber: @alexey.brock via TikTok