Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berjaya Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Indonesia Berpotensi Jadi Negara Kaya Raya
Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan (KKP) baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat kira-kira 700 lokasi di perairan Indonesia yang berpotensi menyimpan harta karun dari kapal karam, lapor portal ANTARA News.
Pengarah Sumber Marin KKP, Frista Yorhanita sekitar 90 peratus daripada lokasi tersebut ada kaitan dengan kapal dari China.
“Sebahagian besar lokasi berada di sepanjang Laluan Sutera, laluan perdagangan purba yang sering digunakan kapal China, khususnya di sekitar Sumatera dan Jawa,” jelasnya.
Beliau turut memaklumkan buat masa ini, nilai potensi ‘khazanah’ tersebut masih belum dapat dianggarkan secara rasmi kerana penilaian hanya boleh dilakukan selepas proses pengangkatan dan taksiran rasmi oleh Kementerian Kewangan.
“Nilainya belum dapat dianggarkan. Pengiraan kasar tidak boleh dijadikan rujukan kerana barangan ini adalah antik
“Ia perlu diperiksa terlebih dahulu, sama ada masih utuh atau telah rosak kerana keadaan itu akan memberi impak besar terhadap nilainya,” ujar Frista lagi.
Menurut portal ANTARA News, selain hanya mengenal pasti, KKP sebenarnya sudah pun bergerak aktif
Dalam pada itu, KKP telah meluluskan 13 permit khas untuk kerja-kerja pengambilan muatan dari lokasi kapal karam yang dikenal pasti, malah sebahagian daripada proses pemulihan (salvage) itu sudah pun selesai.
Sumber: ANTARA News