Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Tahun Selepas Gempa, Wanita Bertemu Semula & Kahwin Dengan Penyelamatnya

Athirah
wanita kahwin dengan penyelamat
Kredit: SCMP

10 Tahun Selepas Gempa, Wanita Bertemu Semula & Kahwin Dengan Penyelamatnya

Seorang wanita China yang secara tidak dijangka bertemu semula dengan lelaki yang menyelamatkannya daripada runtuhan gempa bumi lebih 10 tahun lalu ketika dia berusia 11 tahun, kini telah berkahwin dengannya.

Menurut South China Morning Post, kisah ini didedahkan pada 29 November di Changsha, wilayah Hunan, selatan China, semasa Majlis Perkahwinan Beramai-ramai Gaya Han Kali Ke-5, yang menyaksikan 37 pasangan berkahwin pada hari tersebut.

Pasangan istimewa ini, Liang Zhibin, yang 12 tahun lebih tua daripada pengantin perempuannya, Liu Ximei berkongsi kisah cinta yang bermula lebih 15 tahun lalu.

Pada tahun 2008, semasa gempa bumi Wenchuan yang dahsyat, Liang yang berusia 22 tahun ketika itu merupakan seorang tentera yang dihantar untuk membantu operasi menyelamat.

Beliau telah menyelamatkan Liu yang berusia 10 tahun, yang tersepit di tingkat dua sebuah bangunan runtuh dan tertindih besi serta bata.

Liang bersama pasukannya menggali selama empat jam sebelum akhirnya membawa Liu ke tempat selamat dan membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Selepas keadaan Liu semakin pulih, dia dan keluarganya kembali ke Zhuzhou, Hunan.

Liang dan Liu bertemu kembali

“Selama bertahun-tahun, saya tidak dapat mengingati rupa wajahnya. Yang ada hanya bayangan samar tentang seorang figura dalam ingatan saya,” kata Liu.

Bertahun-tahun selepas tragedi itu, mereka kembali bertemu secara kebetulan ketika Liu sudah dewasa. Pertemuan di sebuah restoran itu memulakan semula hubungan mereka, yang akhirnya terus menjadi cinta.

Titik perubahan berlaku pada tahun 2020 apabila Liu yang berusia 22 tahun sedang makan malam bersama ibu bapanya di sebuah restoran di Changsha.

Ibu Liu kemudian menatap seorang lelaki yang duduk di meja bersebelahan dan memberitahu anaknya bahawa wajah lelaki itu sama seperti tentera yang pernah menyelamatkannya.

Menurut SCMP, pada malam itu, Liu bertukar nombor telefon dengan Liang dan memulakan perbualan, berkongsi detik-detik hariannya serta berbual dengannya.

Tidak lama selepas itu, mereka mula menyimpan perasaan antara satu sama lain.

“Pada masa itu, menyelamatkan orang adalah tanggungjawab saya, tetapi kini saya benar-benar mencintainya. Dua perkara ini berbeza

“Takdir memang menakjubkan. Dua belas tahun lalu, saya menyelamatkannya. Dua belas tahun kemudian, dia menjadi cahaya dalam hidup saya,” kata Liang.

BACA: Papa Zola Tampil Dengan Filem Solo, Bakal Dieksport Ke 10 Negara

Sumber: South China Morning Post