Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

KUMO KUMO, Jenama Kek Keju Antarabangsa, Lancar Cawangan Pertama di Malaysia

Azmil

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 – Jenama pencuci mulut antarabangsa KUMO KUMO, yang terkenal dengan kek keju Jepun selembut awan, kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan kedai pertamanya di Sunway Pyramid. Selepas kejayaan pembukaan kecil selama sebulan, cawangan ini sudah pun menarik jumlah pengunjung yang tinggi serta tular di media sosial dalam kalangan keluarga, pelajar dan golongan profesional muda.

Bagi meraikan pencapaian ini, KUMO KUMO melantik Sam CN, anggota kumpulan duet popular Malaysia iaitu FS (Fuying & Sam), sebagai Pengurus Kedai Sehari (One-day Store Manager) sempena majlis pembukaan rasminya.

Hasil kerja tangan yang menjadi nadi jenama

Sejak ditubuhkan pada tahun 2020, KUMO KUMO kekal teguh dengan falsafah ketukangan tangan, iaitu memilih bahan berkualiti dan meneliti setiap perincian proses membakar kek bagi menghasilkan kek keju lembut, seperti awan yang menjadi identitinya. Terkenal dengan tekstur ringan yang cair di mulut, kek keju KUMO KUMO menonjol berbanding variasi tradisional dengan lebih padat, menawarkan pengalaman pencuci mulut yang lebih ringan dan dinikmati ramai.

Dedikasi terhadap hasil buatan tangan ini diterjemahkan melalui konsep dapur terbuka , satu elemen utama jenama yang dipamerkan di cawangan Sunway Pyramid. Setiap kek keju disediakan dalam kelompok kecil, membolehkan pelanggan menyaksikan keseluruhan proses daripada adunan yang perlahan naik di dalam oven, hinggalah kepada sentuhan akhir yang ikonik dan ritual cap panas secara langsung. Pengalaman secara imersif ini telah menjadi elemen tersendiri yang mentakrif jenama ini di seluruh Asia.

Pembukaan besar-besaran menampilkan Sam CN

Setiap kek keju yang masak akan ditandai dengan pemegang loceng tangan emas ikonik KUMO KUMO. Ianya merupakan satu ritual ringkas tetapi penuh simbolik, melambangkan komitmen jenama ini terhadap ketukangan, kesegaran, dan pengalaman yang menggembirakan.

“Saya berbesar hati atas jemputan Pengurus Kedai Sehari untuk pembukaan rasmi ini,” kata Sam CN, yang baru-baru ini dicalonkan dalam senarai “100 Most Handsome Faces” oleh TC Candler 2025. “KUMO KUMO merapatkan diri mereka

dengan orang ramai melalui sentuhan buatan tangan dan rasa yang sedap. Saya teruja untuk meraikan detik istimewa ini bersama semua.”

Majlis pembukaan rasmi ini turut menampilkan demonstrasi membakar kek, aktiviti interaksi bersama pelanggan, serta sesi cap panas istimewa untuk kek keju yang baru masak.

Malaysia Sebagai Pasaran Strategik pada Waktu yang Tepat

Sambutan menggalakkan semasa pembukaan kecil ini menunjukkan selera rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap kek keju buatan tangan. Ini diperkuatkan lagi dengan budaya yang pelbagai di Sunway Pyramid dalam memadankan pengalaman manisan KUMO KUMO yang interaktif dan penuh rangsangan deria.

Berdasarkan maklum balas pelanggan yang amat positif dan permintaan yang tinggi, KUMO KUMO kini telah mengesahkan dua lokasi baharu di Malaysia, iaitu di Genting SkyAvenue dan IOI City Mall Putrajaya, menandakan fasa perkembangan yang lebih menarik untuk jenama ini.