Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Gerak Khas, Daddy Rock Meninggal Dunia Pagi Tadi

Azizah Najib
Daddy rock

Pelakon Gerak Khas, Daddy Rock Meninggal Dunia

Pelakon terkenal dengan watak gengster dalam dunia lakonan tempatan, Daddy Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd Shahril menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun, pagi tadi.

Berita duka itu disampaikan oleh ahli keluarga menerusi laman Facebook milik Allahyarham.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Lagong selepas solat Zohor.

Terdahulu, Daddy Rock berada dalam keadaan kritikal di zon merah Hospital Selayang pada Ahad.

Perkara berkenaan dikongsi oleh Hashim Rejab di laman Facebook miliknya yang memuat naik tangkap layar InstaStory akaun Papa Rock Never Dai.

Difahamkan, Allahyarham terpaksa ditidurkan berikutan kedua kakinya tidak berfungsi akibat darah beku.

“Ikutkan kata doktor, kaki Daddy harus dipotong tapi akan berisiko tinggi atau biar Daddy macam tu je selama mana dia bertahan,” kongsinya.

Pemergian Allahyarham turut ditangisi penggiat seni yang mengenalinya.

Menelusuri perjalanan lakonannya, Allahyarham pernah terlibat dalam beberapa filem dan drama, termasuk Kisah Paling Gangster, Jangan Pandang Belakang, Bohsia, Kampung People dan Gerak Khas.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menghulurkan sumbangan kepada Allahyarham menerusi Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Sumbangan tersebut disampaikan berikutan keperluan Allahyarham menjalani prosedur pembedahan jantung ketika itu.

Sumber: Facebook Paparock Neva Dai, Bernama