Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Coway, syarikat Best Life Solution, terus memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti menerusi Happy Water Project, sebuah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) jangka panjang yang memberi tumpuan kepada golongan komuopniti kurang berkemampuan di seluruh negara menerima akses kepada air bersih, selamat dan mampan.
Dengan kerjasama Global Peace Foundation (GPF) Malaysia, inisiatif pada tahun ini memfokuskan usaha kepada komuniti Orang Asli Jakun di Kampung Batu 15, Nenasi, Pekan, Pahang. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan terpencil yang dihuni oleh 16 buah keluarga yang telah sekian lama berdepan kekangan akses kepada air bersih serta kemudahan sanitasi asas.
Selama bertahun-tahun, Kampung Batu 15 bergantung kepada telaga gali dan kolam sebagai sumber air utama yang berisiko mendedahkan para penduduk kepada pencemaran daripada aliran air ladang dan najis haiwan. Kekurangan air juga turut menjadi isu berulang semasa musim kemarau berpanjangan, manakala banjir monsun pula sering menutup laluan ke bandar terdekat dan menyukarkan usaha para penduduk untuk mendapatkan air bersih dari sumber alternatif. Tanpa kemudahan sanitasi tetap, mereka turut berdepan risiko tinggi penyakit bawaan air, sementara golongan wanita dan kanak-kanak menghabiskan berjam-jam untuk mendapatkan bekalan air secukupnya bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Menerusi Happy Water Project, Coway telah menyempurnakan projek fasa pertama dengan pemasangan telaga tiub yang digerudi secara profesional bagi menyediakan sumber air bawah tanah yang lebih stabil dan terlindung daripada pencemaran persekitaran. Dengan ini, Coway kini beralih ke fasa pemasangan sistem pam air berkuasa solar yang akan mengepam air dari telaga tiub ke tangki bagi memastikan pengagihan air yang lebih lancar ke setiap rumah. Sistem ini dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar, menjadikannya penyelesaian ideal untuk komuniti terpencil yang kerap menghadapi gangguan bekalan elektrik.
Seiring dengan usaha ini, Coway turut memulakan pembinaan lapan unit tandas eko. Dibina menggunakan bahan kitar semula dan bumbung Ecopeal yang tahan lasak, kemudahan ini akan menyediakan ruang selamat dan bersih, serta privasi untuk kegunaan harian para penduduk, terutamanya untuk golongan wanita serta kanak-kanak yang paling terjejas tanpa sanitasi yang sesuai. Pembinaan ini dijalankan secara berperingkat dan disasarkan akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2026.
Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk di Coway Malaysia (kiri), bersama Brian Kim, Pengarah Urusan Coway Malaysia (tengah), serta Dr. Teh, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Foundation (kanan) bersama-sama menyempurnakan demonstrasi aliran air sebagai simbolik pelancaran sistem telaga tiub pertama untuk komuniti Kampung Batu 15
Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia berkata, “Di Coway, akses kepada air bersih bukanlah satu keistimewaan, tetapi hak asas yang wajar dinikmati setiap insan. Kisah keluarga di Kampung Batu 15 membuka mata kami kepada ketabahan mereka, namun turut memperlihatkan cabaran besar yang dihadapi selama ini. Happy Water Project mencerminkan komitmen kami untuk menyokong dan menyediakan penyelesaian yang melindungi kesihatan mereka bagi masa depan yang lebih kukuh. Ini ialah usaha yang kami akan terus memperjuangkan sehingga setiap komuniti yang memerlukannya mendapat bekalan air bersih serta selamat.”
Untuk terus meningkatkan kesejahteraan komuniti, Coway juga turut mengambil bahagian dalam program latihan Water, Sanitation dan Hygiene (WaSH) untuk memperkukuh amalan kebersihan dalam komuniti. Sesi tersebut termasuk demonstrasi praktikal tentang teknik mencuci tangan dan memberus gigi yang betul untuk orang dewasa dan kanak-kanak, membantu keluarga memahami kepentingan amalan kebersihan yang konsisten dalam mencegah penyakit. Setiap isi rumah juga menerima kit WaSH yang mengandungi barangan keperluan harian penting untuk menggalakkan amalan kebersihan berterusan di rumah dan memperkukuh rutin kesihatan yang lebih baik dalam kehidupan seharian mereka.
Coway dan Global Peace Foundation bergambar berkumpulan bagi merakam detik bermakna bersama penduduk Kampung Batu 15 Kerjasama erat antara Coway dan Global Peace Foundation (GPF) Malaysia terus menjadi tunjang kejayaan Happy Water Project. Penglibatan GPF dengan komuniti Orang Asli membolehkan kedua-dua organisasi melaksanakan penyelesaian yang berkesan dan mampan untuk dimanfaatkan bagi jangka masa panjang.
Sejak diperkenalkan pada 2017, Happy Water Project telah memanfaatkan lebih daripada 1,000 keluarga di seluruh negara, terutamanya kalangan komuniti Orang Asli di Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Inisiatif ini juga seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6, sekali gus mengukuhkan komitmen Coway untuk membina Malaysia yang lebih sihat dan mampan.
Selari dengan inisiatif ini, Coway turut menyalurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat daripada musim monsun baru-baru ini. Susulan banjir kilat yang melanda beberapa negeri di Malaysia, Coway mengambil langkah proaktif untuk membantu lebih 2,000 keluarga melalui pemberian keperluan harian dan barangan kebersihan penting bagi membantu memulihkan kehidupan mereka selepas bencana banjir. Ini membuktikan komitmen jangka panjang Coway terhadap kesejahteraan negara dengan memperkukuh situasi kehidupan keluarga yang memerlukan. Menerusi tindak balas kecemasan yang pantas serta usaha berterusan yang berfokuskan komuniti, Coway akan terus berdiri bersama rakyat Malaysia dalam perjalanan ke arah kualiti kehidupan yang lebih baik.
Ketahui lebih lanjut tentang Happy Water Project di https://www.coway.com.my/happywaterproject