Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramalan Cuaca Signifikan, Luruan Monsun Dijangka Hingga 17 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan melibatkan luruan monsun.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku pada 14 hingga 17 Disember 2025.
“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.