Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru KV Keningau Terima Anugerah Asia Tenggara SWARA 2025

Azizah Najib
Guru keningau anugerah swara
Kredit: Dr Sirhajwan Idek

Guru KV Keningau Terima Anugerah Asia Tenggara SWARA 2025

Seorang guru dari Sabah terus mengharumkan nama negara di peringkat Asia Tenggara menerusi pengiktirafan berprestij berkaitan kelestarian alam sekitar.

Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, Dr Sirhajwan Idek, terpilih sebagai penerima anugerah Sustainability Waste Awareness and Responsible Action Awards (SWARA) 2025.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Southeast Asian Regional Centre for Tropical Biology (SEAMEO BIOTROP), yang berpangkalan di Bogor, Indonesia.

Pengumuman penerima anugerah dibuat menerusi majlis anugerah secara hibrid yang berlangsung pada 10 Disember 2025 lalu.

Daripada 12 peserta peringkat akhir yang terpilih dari rantau Asia Tenggara, hanya empat individu dipilih sebagai penerima anugerah.

Penerima anugerah menerima sijil pencapaian, plak anugerah dan wang tunai sebagai pengiktirafan.

Empat kategori anugerah dipertandingkan merangkumi amalan terbaik, konsep program terbaik, pilihan orang awam dan anugerah khas.

Kredit: Dr Sirhajwan Idek

Penghargaan terhadap inisiatif berimpak positif

Anugerah SWARA merupakan penghargaan terhadap inisiatif pengurusan sisa makanan yang memberi impak positif kepada alam sekitar.

Inisiatif tersebut melibatkan usaha pengurangan serta pemprosesan sisa makanan secara berkesan di rantau Asia Tenggara.

Dr Sirhajwan merupakan satu-satunya peserta peringkat akhir dari Malaysia yang terpilih menerima anugerah khas.

Beliau dipilih atas usaha membimbing pelajar KV Keningau dalam projek naik kitar sisa makanan.

Antara sisa makanan yang digunakan termasuk sisik ikan, buah-buahan dan nasi.

Sisa berkenaan diproses menjadi produk seperti makanan, bahan kosmetik dan bahan pencuci.

Hasil inovasi pelajar berjaya memenangi anugerah dalam beberapa pertandingan.

Sebahagian pelajar turut menerbitkan artikel ilmiah dalam jurnal berkaitan inovasi tersebut.

Terdapat juga pelajar yang berjaya menjual produk hasil naik kitar sisa makanan.

Selain itu, pelajar melaksanakan kerja kesukarelawanan menggunakan produk inovasi mereka.

Antaranya termasuk membersihkan longkang sekolah menggunakan bahan pencuci daripada sisa makanan hijau.

Produk dan pelajar terlibat turut mendapat liputan media tempatan.

Dr Sirhajwan menamakan inisiatif tersebut sebagai upcycled food waste social entrepreneurship.

Projek itu diketengahkan dalam penyertaannya bagi SWARA Awards 2025.

Sebelum ini, beliau pernah menerima ELTons Innovation Awards daripada British Council pada tahun 2024. Beliau juga diiktiraf sebagai Ikon Belia Karismatik Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2022.

Dr Sirhajwan menjadikan ibunya, Hajah Bintek Haji Abdul Rahman, sebagai sumber inspirasi utama.

Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, turut menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian tersebut.

Menurutnya, pengiktirafan itu membuktikan profesion perguruan berperanan besar memacu perubahan masyarakat.

Beliau berkata, guru mampu memberi impak terhadap alam sekitar melalui peranan sebagai pendidik.

BACA: Karya Pelajar KV Keningau Terima Anugerah Berprestij The Queen’s Commonwealth

BACA: Satu-Satunya Dari Malaysia, Pelajar KV Keningau Finalis Global Student Prize 2025