Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Iqbal Yasir
hujan lebat negeri petang ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan semua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan

Manakala seluruh kawasan di negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka hujan petang ini.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melihatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, beberapa kawasan di Kelantan yang terlibat adalah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara itu di Terengganu termasuk Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang lokasi yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagi Johor, kawasan yang diramal hujan adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. Beralih ke Sarawak, pula seperti Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).

“Di Sabah, termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum kenyataan itu.

BACA: Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Metorologi Malaysia