Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KPDN Anjurkan PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan
Tawau, Sabah (13 Disember 2025) — Sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan insiatif Payung RAHMAH di bawah kefungsian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ini termasuk penganjuran Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) di seluruh negara.
Sehubungan itu, KPDN akan terus memperkasa pelaksanaan PJRM termasuklah penambahbaikan dari aspek peluasan kaedah dan golongan sasar sedia ada.
Justeru, bersempena dengan persediaan sesi persekolahan baharu 2026, KPDN akan memperluas pelaksanaan PJRM melalui penganjuran PJRM Kembali ke Sekolah 2026.
Program ini dijadualkan bermula pada 20 Disember 2025 sehingga 11 Januari 2026, iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan.Sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat melalui pelaksanaan secara dalam premis dan luar premis.

Para pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.
Terdapat 45 sehingga 80 Stock Keeping Unit (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis.

Dalam tempoh penganjuran ini, sebanyak 269 siri PJRM Kembali ke Sekolah disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh negara. Orang ramai boleh PJRM melalui pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah untuk mengetahui tarikh dan lokasi PJRM Kembali ke Sekolah yang akan dianjurkan.