Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98Kg
Sukan angkat berat wanita pada temasya Sukan SEA di Thailand dikejutkan dengan satu detik cemas apabila seorang atlet Indonesia, Sarah Aca, dihempap beban seberat 98 kilogram (kg) ketika melakukan percubaan kedua dalam acara snatch, sebentar tadi.
Dalam aksi tersebut, Sarah sebelum itu berjaya menyempurnakan percubaan pertama dengan beban seberat 95kg.
Berbekalkan keyakinan, beliau meningkatkan bebanan sebanyak 3kg untuk percubaan kedua. Namun, cubaan itu tidak berjaya apabila beliau gagal mengangkat sepenuhnya sebelum terjatuh ditindih peralatan itu.
Situasi itu menyebabkan Sarah terbaring seketika di atas lantai, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penonton. Bagaimanapun, beliau kemudiannya berjaya bangkit dan berjalan menuju ke ruang menunggu.
Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kecederaan serius dialami atlet berkenaan, khususnya melibatkan bahagian belakang badannya.
Insiden tersebut turut mengejutkan penonton yang hadir, termasuk kontinjen Indonesia yang menyaksikan detik cemas itu secara langsung.
Semoga Sarah Aca berada dalam keadaan baik dan diberikan kesihatan yang sempurna selepas insiden berkenaan.
BACA: Manuel Hidalgo Calon Baru Naturalisasi Harimau Malaya
Sumber: Stadium Astro