Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Isteri Sebak Saksikan Semangat Suami OKU Penglihatan Tamatkan Maraton 10KM

Azzwin
OKU maraton
Kredit: @mrranggapnnadia
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Isteri Sebak Saksikan Semangat Suami OKU Penglihatan Tamatkan Maraton 10KM

Umum ketahui, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ialah individu yang mempunyai kekangan fizikal, deria, intelektual atau keupayaan mental.

Namun begitu, batas ini tidak seharusnya dilihat sebagai penghalang untuk mereka menjalani kehidupan dan mencapai impian.

Hal ini menjadi peringatan bahawa setiap orang pasti boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan jika ada ketekunan, keazaman dan usaha

Suami OKU penglihatan tamatkan maraton 10km

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan seorang lelaki OKU penglihatan yang bersemangat menyertai Penang Bridge International Marathon sepanjang 10km.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mrranggapnnadia di TikTok, isteri kepada peserta larian tersebut berasa sebak melihat keterujaan dan semangat suaminya.

Dalam rakaman tersebut, dia turut menyatakan rasa bangga terhadap suaminya, menjelaskan bahawa suaminya sememangnya seorang yang berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan.

Difahamkan, pasangan suami isteri tersebut sudah berkahwin selama empat tahun.

Sepanjang maraton tersebut, lelaki itu dibimbing menggunakan tali oleh runner guide lelaki yang difahamkan bernama Sham bersama belon putih dengan tulisan visually impaired.

Semangat dan keazaman lelaki OKU ini mengundang rasa kagum orang ramai kerana berjaya menamatkan larian sepanjang 10km.

Video tersebut mencecah 117 ribu tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Kebanyakannya, kagum dan sebak melihat keazaman lelaki OKU serta isterinya yang sentiasa menyokong.

“Alhamdulillah. Sekarang penganjur pun dah ada awareness tentang ini dan sediakan guide. Semoga banyak lagi acara larian penganjur dapat sediakan. Super proud of you and husband kak. Lari terus, 2026 buat lagi!” komen seorang wargamaya.

“Tahniah. Hebatnya suami kakak. Kakak pun isteri yang hebat. Semoga bahagia selalu buat kalian berdua, Aamiin,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Wanita Hamil Berjaya Raih Anugerah Naib Canselor Demi Janji Kepada Arwah Ibu

BACA: Muka ‘Confident’ Kayuh Basikal Dalam Banjir, Sekali Tak Sangka Ini Yang Terjadi

Sumber: @mrranggapnnadia