Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang
Pemindahan wang melalui telefon pintar kini menjadi satu kemudahan yang amat menyenangkan orang ramai dalam urusan kewangan harian.
Dengan hanya beberapa sentuhan di skrin, pengguna dapat memindahkan wang dengan cepat dan selamat tanpa perlu beratur atau mengunjungi Mesin Deposit Tunai (CDM).
Kemudahan ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah turut memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk melakukan transaksi pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Setiap transaksi yang dilakukan perlu disertakan dengan “Recipient Reference” bagi memudahkan pengesanan dan rujukan pada masa hadapan.
Bagaimanapun, terdapat segelintir individu meletakkan ayat gurauan, kata-kata yang tidak berkaitan atau ayat romantik terutamanya kepada pasangan dalam ruangan “Recipient Reference”.
Pindah duit kepada pasangan jangan tulis “I love you”
Baru-baru ini, seorang peguam berkongsi kebahagiaan rumah tangga tidak menjamin nasib di masa hadapan dengan penggunaan ayat romantik pada bukti transaksi bank.
Menerusi video yang dikongsi oleh @peguamsyarieadlyna di TikTok, ayat romantik yang digunakan semasa pemindahan wang antara pasangan suami isteri boleh menjadi bukti penting untuk keperluan masa depan rumah tangga.
“Kalau nak memindahkan wang kepada pasangan, jangan tulis ‘I love you’ pada ruang rujukan. Bukan sebab tak romantik, tapi sebab tak membantu langsung di masa hadapan
“Kenapa penting tulis tujuan sebenar? Kerana ruang rujukan itu boleh jadi bukti.
“Jika berlaku pertikaian harta, tuntutan nafkah, perceraian, kematian, urusan pusaka, ayat ‘I love you’ tak boleh jelaskan bahawa itu nafkah, pinjaman, hadiah atau belanja anak,” katanya.
Tambah @peguamsyarieadlyna, emosi tidak diambil kira dalam prosiding mahkamah, sebaliknya hanya bukti serta niat transaksi akan dinilai.
Difahamkan, mahkamah menilai tujuan sebenar transaksi yang lebih penting berbanding kata-kata romantik yang boleh dilakukan secara peribadi.
“Di mahkamah, cinta tak dinilai kerana yang dinilai cuma niat dan bukti. Jadi bila transfer duit, tulis tujuan sebenar,” ujar @peguamsyarieadlyna lagi.
Sumber: @peguamsyarieadlyna via TikTok