Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai
Komuniti diaspora Indonesia meluahkan rasa kebimbangan terhadap polisi kerajaan yang mengenakan cukai ke atas bantuan bencana dari luar negara untuk mangsa banjir di Sumatera, lapor Tempo.
Menurut seorang individu yang menetap di Singapura, sumbangan daripada luar negara dianggap sebagai barangan import dan akan dikenakan cukai sekiranya bencana tersebut belum diisytiharkan sebagai bencana nasional.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya pada 11 Disember lalu.
Difahamkan, polisi ini dikecam ramai kerana dianggap tidak wajar memandangkan banjir terbaharu di Sumatera telah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
Individu tersebut menegaskan bahawa pengenaan cukai ini menyekat inisiatif diaspora, menjadikan sumbangan wang sebagai kaedah utama bantuan.
Kedutaan Besar Indonesia di Singapura mengesahkan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk memudahkan penghantaran bantuan atau mempengaruhi keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan status bencana nasional.
Duta Besar, Suryo Pratomo menasihati diaspora supaya menyalurkan sumbangan melalui Palang Merah Indonesia atau organisasi sah lain.
“Sumbangan wang boleh disalurkan melalui Palang Merah Indonesia,” katanya ketika dihubungi wartawan tempatan.
Sementara itu, Direktorat Jeneral Kastam pula masih belum memberi penjelasan terperinci mengenai pengenaan cukai terhadap bantuan yang dihantar, dan sedang menjalankan koordinasi dengan pihak berkenaan.
Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi menegaskan kerajaan mempunyai sumber mencukupi untuk menangani banjir tanpa bantuan asing.
Beliau berkata, kerajaan memiliki stok makanan dan bahan api yang mencukupi, malah menggunakan kaedah luar biasa seperti penghantaran udara untuk sampai ke kawasan terpencil yang terjejas.
“Kami mengusahakan penghantaran melalui udara bagi menyesuaikan dengan keadaan bencana di tempat kejadian,” jelasnya lagi.
Sumber: Tempo