Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Di 2 Negeri Petang Ini

Sofea
hujan lebat di 2 negeri
Kredit: Image FX

Hujan Lebat Di 2 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di dua negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan lebat itu membabitkan negeri Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan dan Kudat.

BACA: Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri, 2 WP

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya

Terdahulu MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di beberapa negeri sehingga esok.

Ia melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sumber: Malaysian Meteorological Department