Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Jepun Cuba Nasi Kandar, ‘Terkesima’ Dengan Rasanya
Selain keindahan panorama serta kepelbagaian kaum di negara ini, makanan juga menjadi salah satu faktor utama membuatkan ramai pelancong gemar berkunjung ke Malaysia.
Nasi lemak, roti canai, durian, teh tarik, nasi kandar dan bermacam lagi aneka juadah menjadi pemikat selera, sekaligus membuatkan mereka jatuh cinta dengan makanan di Malaysia.
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Jepun yang tinggal di Malaysia berkongsi pengalamannya menikmati nasi kandar.
Manerusi akaun Youtube miliknya, Samurai Life of Stay At Home Dad, lelaki itu berseloroh bahawa nasi kandar mempunyai ‘kuasa’ istimewa yang membuatkan orang ramai rasa lebih bertenaga.
Menyantap nasi kandar di sebuah kedai di Segambut, Kuala Lumpur, lelaki terbabit memilih ayam bawang, kuah campur, sotong, kobis dan peria goreng serta bendi.
Selepas membuat bayaran, dia kagum melihat kuantiti makanan itu.
“Wow sangat berat dan padat, terlalu banyak protein,” katanya.
Dia mencuba kuah bersama nasi dahulu dan terkesima dengan keunikan rasa kuah campur itu.
“Terlalu banyak perisa, semuanya dicampur bersama. Kuah campur ini menakjubkan, saya dapat rasakan semua perisa bercampur di dalam mulut. Rasanya sentiasa berubah-ubah.
“Ayam bawang juga sangat sedap, semua kegembiraan berada dalam satu pinggan. Ia terasa seperti ‘syurga’, membuatkan mood kita lebih baik.
“Warnanya juga cantik, sangat menyelerakan dan apabila ia masuk ke dalam mulut, ia ada kepelbagaian rasa, patutlah ia seronok untuk dimakan,” katanya.
Untuk pengetahuan, lelaki itu dan isterinya berpindah ke Malaysia atas urusan kerja. Dia sering berkongsi aktiviti dan pengalaman harian di negara ini sebagai seorang stay at home dad.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terliur melihat lelaki itu menjamu nasi kandar tersebut.
“Awak akan mengantuk 15 minit selepas makan nasi ini. Rasanya sangat hebat,” seloroh seorang netizen.
“Awak buatkan saya lebih menghargai nasi kandar,” kata seorang lagi netizen.
Sumber: Samurai Life of Stay At Home Dad